HARI TERAKHIR : POT LUCK


Hari ini 20.11.2009 (Jumaat) merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2009. Guru-guru SMKKS mengambil kesempatan mengadakan Pot Luck di Bilik Guru selepas urusan berkaitan dengan pelajar diselesaikan. Setiap guru membawa sedikit makanan dari rumah dan akhirnya dikongsi bersama. Guru-guru wanita mempamerkan kehebatan dengan membawa beraneka jenis masakan tetapi penulis tidak menyangka Pn. Hjh. Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS membawa kek yang beliau buat sendiri. Woww sedap, memang sedap. Menurut beliau, kemahiran membuat kek dipelajari dari ibunya. Pengetua berseloroh kepada penulis, beliau akan membuka kedai kek selepas bersara nanti. Berbalik kepada Pot Luck, penulis geli hati apabila Cikgu Fauziah menjerit kepada Cikgu Azman … “man mangkuk mana ??? …” Rupa2nya Cikgu Azman booking akan menyumbang pinggan, mangkuk dan cawan polisterine dan Cikgu Fauziah meminta Cikgu Azman mengeluarkan mangkuk tersebut, bukannya mengata … man mangkuk ??? he he he …???. Namun Pot Luck ini telah berjaya mengeratkan silaturrahim di kalangan warga SMKKS. Tahniah !!! dan Selamat Bercuti.

18.11.2009 SPM BERMULA


18.11.2009 (RABU) : SPM 2009 telah bermula. Seramai 332 calon SPM SMKKS telah mendudukki peperiksaan berkenaan di dua pusat peperiksaan di sekolah ini. Pada hari pertama, peperiksaan berjalan dengan lancar. Semua pelajar hadir untuk kertas BM & Sejarah. Pada pagi tersebut, Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS telah memberikan amanat terakhir, diikuti bacaan doa selamat. Calon SPM juga telah diberikan kismis kering sebagai usaha terakhir penyegaran minda. Sebagai langkah awal, topeng muka telah diedarkan kepada setiap calon dan ujian suhu badan telah dijalankan secara rambang untuk mengesan H1N1. Suasana pagi itu agak hening, pilu dan syahdu apabila guru dan murid saling berpelukan dengan linangan air mata sebagai tanda restu merestui dan kasih menyayangi.

Kami mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan semua calon SPM SMKKS 2009.


PERHIMPUNAN TERAKHIR 2009


Perhimpunan Mingguan Hari Isnin pada 16.11.2009 merupakan perhimpunan rasmi terakhir untuk sesi 2009. Kehadiran pelajar hanya melibatkan pelajar calon SPM dan Tingkatan 4. Pelajar lepas PMR dicutikan kerana kerja-kerja penyusunan bilik peperiksaan SPM akan dijalankan.

Selain ucapan pengetua, beberapa orang guru yang akan berpindah juga diberi penghormatan memberikan ucapan sepatah dua kata iaitu Haji Azman Sekak, Pn.Rafidah Khamis dan Pn. Normasliza Rasli. Guru-guru tersebut berucap dengan penuh syahdu sehingga menitiskan air mata kasih. Pada majlis yang sama, penulis juga telah diberi peluang berucap sebagai pemerhati dan peserta NPQEL.

Ucapan Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS lebih fokus kepada calon SPM. Beliau menasihatkan calon SPM supaya menjaga kesihatan dan keselamatan diri disamping terus meningkatkan usaha sehingga peperiksaan tamat. Pengetua mengingatkan bahawa SPM merupakan kemuncak sesi persekolahan sepanjang 11 tahun bersekolah dan paling penting mesti lulus BM untuk melayakkan mendapat Sijil SPM.

Manakala penulis memberikan ucapan menyentuh kepada kelebihan SMKKS yang sepatutnya pelajar-pelajar hargai iaitu :
1. Keceriaan SMKKS masa kini berada tahap paling kondusif walaupun berusia 30 tahun
2. SMKKS mempunyai ramai guru berpengalaman mengajar lebih 10 tahun
3. Disiplin murid berada tahap yang paling memuaskan, tiada kes polis.
4. Mempunyai pengetua kanan yang sangat dedikasi dan cemerlang dari segi pentadbiran.

Semua warga guru SMKKS mendoakan kejayaan calon-calon SPM


MEETING NPQEL KULAI KE-2


Perjumpaan akademik peserta NPQEL Daerah Kulai Kali Ke-2 telah diadalah di SMK Munshi Abdullah pada 11.11.2009 (Rabu) bermula jam 8.15 – 12.00 tgh. Ahli tersebut terdiri dari : Cik Zahizan binti Hasrin, En. Mohd Nazri bin Nawawi dan penulis sendiri En. Ismail bin Md Yatim. Perjumpaan ini mendapat kebenaran pengetua masing-masing.

Pada peringkat awal, perbincangan telah dijalankan dengan penuh keharmonian dan saling tiada curiga mencurigai. Namun setelah satu jam berbincang … tiba Sdri. Zahizan mengeluarkan fail-fail Perancangan Strategik … Nahhhh … dah siap 200 muka surat, tebal 2 inchi bebbb ... Mak datukkkk, macamana niii ??? Maka penulis dan Sdr. Nazri panik … lantas Sdr. Nazri pun pinjam kejap dan membelek2 fail tersebut … Ha ha ha … rupa2nya lampiran sahaja yang tebal ??? Kemudian bila Sdr. Nazri check Perancangan Strategik Sdri. Zahizan … sekali lagi kantoiii … Sdr. Nazri pun berbisik “bukan macam ni laaa Zahizan …” … “ ini bukan perancangan strategik !!! ni macam paper work buat lawatan ke Hospital Kulai jerr …” … ha ha ha … Sesi perbincangan diteruskan tapi masih blurrr dan tertanya-tanya macam mana nak mula buat Perancangan Strategik ??? Masing-masing ada Tok Guru … Tok Guru En. Edaris, Tok Guru En. Bustaman dan Tok Guru Pn. Noraini …

Oleh kerana dah buntu sangat, peserta NPQEL membuat keputusan untuk rehat sekejap dan bersetuju untuk ke Restoren Indahpura di sebelah SMK Kulai Besar. Masing2 cuma order roti telor sahaja. Sdri. Zahizan makan roti telor tak habis sebab tak ada selera, katanya.

Selepas makan roti telor sekitar jam 2.00 petang … sesi perbincangan diteruskan dalam bilik air cond di Restoren Indahpura. Masing2 membuka laptop dan membetulkan format Perancangan Strategik. Oleh kerana masing-masing dah keletihan, sekitar jam 4.15 petang … masing-masing bungkus laptop dan terus balik ke rumah.

YAHOO ... PROJEK SIAP


Syukur Alhamdulillah … Setelah berhempas pulas selama 2 minggu mulai 26.10.2009 – 12.11.2009 maka Projek Tanaman Herba telah disempurnakan dengan jayanya. Cuma tinggal membuat label nama pokok dan khasiatnya sahaja. Penulis berterima kasih yang teramat sangat kepada semua krew makmal khususnya : Pn. Jamaliah, Pn. Norna, En. Suhaimi, En. Nizam dan En. Faris. Meraka ini telah membantu penulis secara konsisten sejak mula lagi dan selayaknya diberikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan. Sebagai tanda ucapan terima kasih dan penamat projek, penulis telah belanja makan di sebuah kedai makan di bandar Kelapa Sawit. Namun setiap hari penulis telah membelanja makan minum sahabat-sahabat Pembantu Makmal kerana mereka telah menunjukkan komitment yang tinggi. Pengetua juga telah belanja makan pada hari pertama projek ini dimulakan. Penulis sedang menderaf Sijil Penghargaan untuk mereka yang terlibat.

Sebagai penutup kerja keceriaan, penulis telah menyumbang 2 anak pokok Tongkat Ali dan di tanam di dua lot keceriaan. Pokok Tongkat Ali dipilih kerana ia melambangkan kekuatan dan kasih sayang. Tidak lupa kepada Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS juga telah menyumbangkan 6 anak pokok iaitu 2 pokok limau nipis dan 2 pokok kari dan 2 pokok aloe vera.

Oleh kerana ada yang bertanya dan menyindir, maka penulis terpaksa menyebutkan iaitu dari segi teknikal, penulis tidak perlu belanja mereka makan kerana kerja-kerja keceriaan dijalankan pada masa kerja rasmi namun atas dasar peri kemanusiaan dan kasih sayang, penulis dengan ikhlas hati belanja makan kerana kagum dengan sifat dedikasi, komitmen, kesungguhan dan keikhlasan sahabat-sahabat Pembantu Makmal. SMS sahaja, mereka akan segera turun ke tapak Taman Herba. Tenaga empat kerat yang dicurahkan tidak terperi nilainya.

Berbanding dengan seorang cikgu hamba Allah yang pada mulanya beriya-iya benar bagi makan minum kepada beberapa orang pelajar yang turut membantu namun bila dah kopak RM 20 - 30 … maka dengan serta merta cikgu hamba Allah itu terus mengungkit-ungkit dan menarik diri dari membantu projek keceriaan.

Sayugia penulis menghabiskan duit poket sendiri secara purata RM 25 / Hari X 10 Hari = RM 250.00 … itu belum masuk duit upah pelajar yang membantu mengangkut batu, membuang sampah, membuang papan, kayu dan ranting pokok. Paling tidak RM 1 X 5 Murid X 10 Hari = RM 50.00

Penulis fokus kepada kewangan kerana kewangan menjadi nadi bagi sesebuah projek. Tiada projek yang dijalankan secara percuma. Demi sekolah, penulis telah berkorban.

MENGENALI SDR MD KHAIR


SDR. MD KHAIR BIN MOHD SHAM berusia 45 tahun, dilahirkan pada 9.8.1964 di Kg. Serkat, Pontian kemudian dibesarkan di Felda Bukit Batu mengikut ibu dan bapanya yang berhijrah ke sana. Beliau bersekolah rendah di SK Bukit Batu dan menyambung pelajarannya di SMK Sultan Ibrahim. Selepas tamat persekolahan sehingga Tingkatan 5, beliau berhijrah ke Singapura mengikut rakan-rakannya berkerja di sana. Tidak lama kemudian beliau memohon jawatan sebagai Pembantu Am Rendah (PAR) di SMK Kelapa Sawit. Setelah 25 berkhidmat, beliau dinaikkan Gred N4 sebagai Pembantu Am Pejabat Kanan. Untuk pengetahuan, beliau merupakan staf yang paling lama berkhidmat di SMKKS iaitu sejak sekolah ini dibuka pada tahun 1984. Dalam tempoh tersebut, beliau telah beberapa kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di atas kecemerlangan perkhidmatan beliau.

Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Seorang lelaki dan dua orang perempuan. Untuk makluman, abang sulung beliau adalah mantan Pengarah Pelajaran Johor yang berkhidmat sekitar tahun 1990an. Seperkara yang menarik, beliau mempunyai ramai sahabat handai di Tanjung Balai, Sumatera. Setiap kali berpeluang, beliau akan ke Tanjung Balai dan sehingga kini beliau sudah ke sana lebih 25 kali. Penulis pernah mengikut beliau ke Tanjung Balai dan Tanjung Batu pada cuti persekolahan bulan Jun 2008 yang lalu.

Dari segi perwatakan, beliau seorang yang lemah lembut, sentimental, lurus dan terlalu baik orangnya. Tidak pernah penulis melihat beliau berperasaan marah, masam mencuka atau meninggikan suara. Beliau juga tidak pernah menolak tugas yang diberikan oleh pengetua hatta terbaru diminta mengetuai mengecat pagar sekolah bersama krew Pembantu Makmal pada bulan puasa yang lalu iaitu pada masa matahari tengah terik membahang. Selama 2 minggu ini, beliau bersama rakan-rakan Pembantu Makmal telah membantu penulis menyiapkan Taman Herba Beraroma. Di antara sebab penulis memilih SMKKS sebagai pilihan menjalani Program Sandaran NPQEL ialah kerana adanya Sdr. Khair.

Selain tugas rasmi di sekolah, beliau mempunyai kemahiran tinggi melakukan kerja-kerja wiring dan piping. Sebarang kesulitan mengenai dua perkara tersebut di sekolah, beliau adalah orang pertama diminta mengatasi masalah tersebut. Satu lagi, beliau merupakan sharp shooter, menembak menggunakan senapang patah peninggalan arwah bapanya yang kini menjadi pusaka beliau. Beliau minat lagu tapi penulis tak pernah mendengar beliau menyanyi.


DOA SELAMAT WARGA SMKKS


Pada 6.11.2009 (Jumaat) : SMKKS menjalankan PROGRAM BINA SAHSIAH seperti kebiasaan yang dilakukan pada setiap pagi Jumaat. Namun program pagi ini ada kelainan sedikit kerana secara khusus program ini dijalankan untuk memohon perlindungan daripada Allah S.W.T. agar semua warga SMKKS terpelihara dari mara bahaya dan ujian yang tidak tertanggung.

Dalam tempoh 2 minggu ini dua orang pelajar SMKKS telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, seorang guru wanita pula terlibat dengan kemalangan jalan raya tetapi hanya mengalami cedera ringan walau pun kereta yang dinaiki terbalik. Manakala isteri seorang guru SMKKS juga telah keguguran dan kes terbaru anak seorang Pembantu Makmal telah dimasukkan ke hospital.

Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. diikuti dengan bacaan Yassin beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Pada sebelah tengahari, semua guru, staf dan pelajar lepas PMR telah menikmati jamuan nasi jagung berlaukkan daging kambing, ayam dan itik. Haiwan-haiwan tersebut telah disembelih sendiri oleh pelajar Islam lepas PMR sempena PROGRAM AMALI MENYEMBELIH TERNAKAN yang telah dijalankan pada hari Khamis. Kumpulan pelajar ini juga telah memasak lauk-lauk tersebut dengan kerjasama pihak kantin.

Semoga program tersebut mendapat kebarkatan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T. ... Aminnn !!!!

ZAHIZAN DALAM KESEDIHAN




Dengan rasa dukacita dimaklumkan, ayah kepada rakan baik penulis, Sdri. Zahizan binti Hasrin yang juga Peserta Kumpulan 4 NPQEL 2/2009 telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru baru-baru ini kerana telah mengidap penyakit paru-paru berair. Walau pun dalam keadaan sebok dengan Program Sandaran di SMK Munshi Abdullah, Kulai beliau masih berkesempatan untuk menjaga bapanya selepas balik sekolah jam 5.00 petang hingga keesokkan paginya. Beliau memang seorang yang tabah dan sabar. Penulis sempat menziarahi bapa Sdri. Zahizan pada 3 Nov. 2009 jam 9.00 malam. Pada masa itu bapa Sdri. Zahizan kelihatan telah beransur pulih. Marilah kita mendoakan supaya ayah Sdri. Zahizan cepat sembuh dan sentiasa sihat walafiat. Dari perbualan singkat dengan Pakcik Hasrin, beliau memberitahu sepanjang masa menjaga beliau di hospital, Sdri Zahizan asyik sebok menaip sesuatu menggunakan laptop ... sudah pasti sebok dengan Perancangan Strategiknya ... ha ha ha ...