PMR - 13 MURID PERFECT SCORE



Keputusan PMR 2009 telah diumumkan pada 24.12.2009 (Khamis). SMK Kelapa Sawit telah muncul sebagai sekolah terbaik perfect score bagi sekolah bukan elit Daerah Kulai dengan jumlah seramai 13 murid mendapat perfect score 8A. Manakala peratus lulus juga meningkat menjadi 52.25% manakala GPS 3.29. Berlaku peningkatan sebanyak 4.49% berbanding tahun 2008. Kejayaan 13 murid mendapat perfect score menjadi sejarah sekolah di mana sebelumnya hanya 8 orang sahaja yang mendapat perfect score.

Secara spesifik, penulis / Pelatih Sandaran NPQEL mengucapkan tahniah kepada Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS kerana beliaulah penggerak kepada kejayaan semua ini. Dari segi pengurusan, beliau berjaya. Dari segi pentadbiran, beliau cemerlang. Dari segi kepimpinan, daya kepimpinannya terserlah. Dari segi mencapai kegemilangan, beliau adalah penerajunya. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Puan Hajah Siti Inshah.

Kepada guru-guru yang dedikasi, proses P&P yang dijalankan ternyata berkesan dan inilah hasilnya. Kepada murid-murid yang mengambil PMR 2009 … ternyata murid kelompok ini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan akademik.


MAJLIS PERPISAHAN PN. ZURAIDA


Pada 23.12.2009 (Rabu) … Majlis Perpisahan Puan. Zuraida Binti Ahmad – PT Kewangan SMKKS telah diadakan secara sederhana. Beliau akan berpindah mengikut suaminya di Lumut, Perak. Beliau seorang yang dinamik, dedikasi dan berkerja dengan profesional. Pemergian beliau amat dirasai oleh semua rakan-rakan staf sokongan. Kami mendoakan kejayaan beliau di tempat baru.



KURSUS STAF SOKONGAN SMKKS



PENGENALAN :
Pada 14 & 15 Disember 2009, penulis telah berjaya menganjurkan kursus Latihan Dalam Perkidmatan untuk staf sokongan. Kursus ini merupakan prasyarat dalam 3 projek keutamaan sekolah yang penulis perlu laksanakan. Kursus tersebut telah berjaya membuka minda staf sokongan kerana selama ini staf sokongan tidak pernah terdedah dengan maklumat dunia perkhidmatan awam. Selama ini sebahagian besar staf sokongan memahami asas perkhidmatan berdasarkan kepada “cakap dan dengar” daripada rakan-rakan sejawat

TAJUK :
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN UNTUK STAF SOKONGAN SMK KELAPA SAWIT, 81030 KULAI, JOHOR

TEMA:
“MEMBINA MODAL INSAN MINDA KELAS PERTAMA STAF SOKONGAN SMKKS DALAM PERKHIDMATAN AWAM”

PELAKSANAAN :
TARIKH : 14 & 15 Disember 2009 (Isnin & Selasa)
MASA : 8.00 pagi – 12.00 tgh.
TEMPAT : Bilik PPSMI, SMK Kelapa sawit
PENUTUP : Pn. Hjh. Siti Inshah binti Mansor - Pengetua Kanan, SMKKS
SASARAN : 21 Staf Sokongan SMK Kelapa Sawit

PENCERAMAH :

1. Tuan Haji Abd Razak bin Kaprawi – Pensyarah Kanan IPGM Kampus Tmg. Ibrahim
TAJUK : KE ARAH MELAHIRKAN STAF SOKONGAN SMK KELAPA SAWIT YANG HEBAT & PRODUKTIF

2. Tuan Haji Morsin bin Peraman @ Parman – Bekas Pensyarah Prof Madya UTM
TAJUK : MEMBINA MODAL INSAN MINDA KELAS PERTAMA
TAJUK : NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

3. Sdr. Mohd Nazri bin Nawawi – Peserta Kursus NPQEL IAB
TAJUK : BAGAIMANA MENJADI STAF SOKONGAN YANG BERINTEGRITI
MODERATOR :
Cik Zahizan binti hasrin - Peserta Kursus NPQEL IAB
PERBELANJAAN KURSUS :

KOS SEBENAR
1. Percertakan Modul RM 15 x 20 set Modul = RM 300.00
2. Makan Minum RM 5 x 20 peserta x 2 Hari = RM 200.00
3. Penceramah RM 100 x 3 slot ceramah = RM 300.00
JUMLAH PERBERLANJAAN = RM 800.00

PENUTUP :
Kursus ini mampu membantu peserta menambah nilai pada mempertajamkan kemahiran sedia ada agar organisasi dan juga pekerja menjadi lebih berdaya saing dan dapat mengharungi cabaran dengan lebih efektif. Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan memahami peranan sebagai pembantu tadbir, belajar kepimpinan dan kemahiran interpersonal, mendapat penetapan matlamat dan cara mengukur prestasi berkesan, belajar teknik penyelesaian masalah berkesan, tahu membuat perancangan masa dan pengagihan tugas, mendalami produktiviti dan kualiti perkhidmatan dan belajar cara-cara berkomunikasi berkesan.

PERJUMPAAN NPQEL KULAI KE-3


Semalam 30.11.2009 (Isnin) … perjumpaan pelatih NPQEL 2/2009 Kulai kali ke-3 telah berlangsung dengan penuh muhibah di Restoren Indahpura bermula dari jam 8.00 - 1.00 tgh. Mula-mula bincang dengan elok tapi akhirnya masing-masing confuse macamana nak buat Perancangan Strategik. Sdr. Nazri ada mazhabnya sendiri, Sdri. Zahizan juga ada fahamannya sendiri, tidak kurang penulis juga ada ideologinya. Bukan soal ego tapi sebenarnya masing-masing masih kelabu asap, blurr dan berlaku kecelaruan minda … ha ha ha … Oleh kerana dah pening, masing-masing balik rumah selepas makan tengahari kul 1.00 pm. Tak nak fikir pasal Perancangan Strategik buat masa ini.

Namun pada 1.12.2009 (Selasa) … jam 12.00 tgh., penulis didatangi oleh Sdri. Zahizan untuk berpatah arang (konon-kononnya laaa) mengenai Perancangan Strategik. Namun sebelum diskusi bermula, Sdri. Zahizan telah membuat kunjungan hormat kepada Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS. Kebetulan Sdri. Zahizan pernah bertugas dengan Puan Hajah Siti Inshah semasa di SMK Munshi Abdullah sekitar 2001-2-3-4 yang lalu. So bermacam-macam topik yang beliau bualkan, maklumlah 5 tahun tak jumpa.

Selepas itu, penulis dan Sdri. Zahizan memulakan sesi perbincangan mengenai Perancangan Strategik tapi masih tidak menimbulkan apa-apa kemajuan. Semakin dibincangkan … semakin tak faham … he he he … Sdr. Nazri tidak dapat hadir sama kerana ada urusan rasmi di Bangi.

Dalam pada itu juga, Sdri. Zahizan sempat berkenalan dan beramah mesra dengan seorang pelajar yang dedikasi … Sayed Hakim bin Sayed Nasir. Sempat Sdri. Zahizan menunjuk ajar membuat blog dan menginvite Sayed Hakim untuk joint dalam Facebook, serta bertukar email.

Oleh kerana dah haus sangat, penulis belanja Sdri. Zahizan dan Sayed Hakim minum teh tarik mamak di Restoren Tasik, Kelapa Sawit. Sempat Sdri. Zahizan membisik “ ehhhh sedap plak berada di Kelapa Sawit …” ha ha ha … baru tau ke Zahizan !!!.