PERNYATAAN PERMOHONAN MAAF KEPADA PIHAK IAB

PERNYATAAN PERMOHONAN MAAF
KEPADA PIHAK IAB


Adalah saya : ISMAIL BIN MD YATIM – Peserta NPQEL 2/2009, juga moderator blog http://npqel22009iab.blogspot.com/ dengan penuh takzim dan keinsafan memohon ampun dan maaf di atas tindakan yang menyalahi peraturan-peraturan IAB. Penyiaran gambar berkenaan dan penulisan yang dikatakan menyinggung pihak IAB adalah sesuatu yang terlepas pandang, tidak disangka dan tidak sebegitu maksudnya.

Sekali lagi permohonan maaf dilafazkan dan saya berjanji tidak akan mengulangi penulisan dan penyiaran gambar yang boleh menyalahi peraturan IAB. Gambar dan penulisan berkenaan telah pun dipadam serta merta. Walau bagaimanapun saya berterima kasih di atas galakkan Tuan Pengarah IAB untuk meneruskan penulisan blog tersebut sebagai catatan aktiviti kumpulan 3 selagi ianya tidak menyalahi dasar IAB yang digariskan.

Sekian, terima kasih.

ISMAIL BIN MD YATIM
NPQEL 2/2009
29.8.2009

NOTA :
Kepada sahabat2 Kumpulan 3 yang dikasihi ...
Mungkin sahabat2 tertanya-tanya ... ehhh kenapa ni ? ehh ... apa yang berlaku ? ehh ... apa dah jadi ? Jangan panik ... saya akan terangkan secara lisan bila kita jumpa nanti supaya tidak timbul spekulasi, prasangka dan andaian yang tidak betul.

MEMO UNTUK K3


Helooo !!!

1. Selamat menjalani ibadah puasa al mubarak ...
2. Selamat menunggu result exam Fasa Asas ...
3. Selamat menjalani PTK 41 / 44 ...
4. Selamat kembali ke kampung / bandar ...
5. Selamat berbenchmarking di Jkt / Bdg / S'ban / Ktn / KT ...
6. Selamat menjalani Program Sandaran ...
7. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri ...
8. Selamat bertemu kembali selepas raya ...

MEMO :
Kepada anggota kumpulan 3 yang ada cerita dan gambar menarik mengenai apa sahaja yang berlaku kepada tuan / puan ... bolehlah dikongsi bersama. Emailkan cerita dan gambar kepada saya : ismailmyar@yahoo.com.sg ... Nanti saya uploadkan gambar tuan / puan ...

PERTANDINGAN TATAHIAS BULAN KEMERDEKAAN


Selepas Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Yg. Bhg. Dr. Khair - Pengarah IAB, kesemua 5 kumpulan NPQEL menyertai Pertandingan Sudut Keceriaan Kemerdekaan. Setiap kumpulan diberi ruang khas dan dikehendaki menghias dan mempamerkan sudut berkenaan dengan pelbagai aksi menarik. Kelihatan ada kumpulan yang terover hias dengan kerawang2 tapi masih menarik dipandang. Namun dalam tempoh masa kecederaan, Kumpulan 3 akhirnya berjaya menatahias sudut berkenaan dengan bergayanya.

HIDUP KUMPULAN 3 !!! ...

BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH


Majlis Berbuka Puasa bersama Yg. Bhg. Dr. Khair bin Mohamad Yusof - Pengarah IAB telah diadakan pada 24.8.2009 di Dewan Makan, Asrama Induk. Selain peserta NPQEL, majlis berbuka puasa turut disertai oleh para pensyarah dan staf IAB. Tuan Pengarah telah memberikan ucapan bagaimana ibadah puasa itu sendiri mengajar kaum muslimin untuk terus lebih produktif dan proaktif, bersesuaian dengan sirah nabawi yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW terus berjuang / berjihad menegakkan syiar Islam walaupun dalam bulan Ramadan.

Sebagai makluman :
Majlis Berbuka Puasa kali ini diorganisasikan oleh Kumpulan 3 ... Tahniah Kumpulan 3 ... Tahniah juga kepada Sdri Norjah Yusop kerana berjaya mengorganisasikan majlis ini. Kumpulan 3 memang hebat ...

EXAM FASA ASAS 24.8.2009


Wowwww .... berasap bebbbb !!!

75 soalan objektif perlu dijawab dalam masa 2 jam menyebabkan peserta NPQEL terus berasappppp ...
Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua peserta NPQEL kerana telah berjuang bermati-matian, sampai ada yang tak balik rumah masa cuti Sabtu Ahad yang lalu semata-mana nak study hard dalam bilik asrama.

Tahniah kepada Sdr. Ibrahim Yajid kerana beliau menjadi peserta K3 yang paling awal keluar dewan. Ini memberi makna beliau paling cekap menjawab 75 soalan. Tahniahhh !!!

RAMADAN ALMUBARAK

Ramadan al Mubarak yang dinanti-nantikan telah kunjung tiba pada 22.8.2009. Masing-masing berdoa semoga Ramadan pada tahun ini lebih membawa kebarkahan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kebetulan awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu iaitu cuti hujung minggu, maka semua peserta mengambil peluang balik kampung untuk berpuasa dan bertarawih bersama keluarga. Namun ada juga sahabat-sahabat kita yang berkorban jiwa, raga dan perasaan untuk terus berada di IAB semata2 kerana ingin menumpukan kepada exam Fasa Fasa pada 24.8.2009 … di antara sahabat kita ialah ialah : SDR IBHRIM @ IBRAHIM BIN YAJID (Kampung Raja), SDR AMIL BANGSA BIN AMIL AHSAN (Lahat Datu), SDRI QUSAYLA BT ABD RAZAK (Sandakan), SDRI NUIS @ NURHANISAH BT LINSIN @ ABDULLAH (Kundasang)
"Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak"

MASIHKAH KAU INGAT


7 cikgu nakal :
Ceritanya macam ni : Pada slot tengahari, En. Edaris bin Abbu Bakri dah bagi warning supaya masuk kelas petang tepat pukul 2.30 ptg. Sapa lambat akan kena denda. So … tepat kul 2.30 petang … ada
7 peserta datang lambat. Ingatkan En. Edaris gurau-gurau … rupa2nya betul … Maka 7 cikgu ni kena berdiri depan pentas dan diminta menyanyikan lagu. Lagunya macam ni …

Semua warga NPQEL menyanyikan : “ masihkah kau ingat … mengapa datang lambat "
Maka bersahutanlah depa : “ aku datang lambat … sebab bangun lambat …"

Maka pecah perut satu dewan ketawa : Ha Ha Ha Ha …


KUM 3 : 20.8.2009



Gambar Kenangan Kumpulan 3
pada : 20 Ogos 2009


Siapa paling hensemmmm : ________________

Siapa paling anggunnnnnn : ________________

TEATER MUZIKAL T.A.R.


Pada 19 Ogos 2009 (Rabu : 5.30 pm - 12.30 am) seramai 40 peserta NPQEL telah menyaksikan Teater Muzikal Tun Abdul Razak bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bukan sekadar liburan, tetapi lebih kepada penghayatan paparan kehidupan seorang tokoh kemerdekaan ... Allahyarham Tun Abdul Razak. Kebetulan pementasan tersebut turut disaksikan oleh Tun Hajjah Raha ... isteri Allahyarham Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Semoga peserta NPQEL mengambil iktibar baik dari segi pementasan tersebut mahupun dari aspek ketokohan Tun Abdul Razak itu sendiri.
Tahniah Kumpulan 3 !!!

PERASMIAN BLN PATRIOTIK

Sambutan Bulan Patriotik Peringkat NPQEL 2/2009 telah berlangsung di Dewan K144 pada 17.8.2009, jam 8.00 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Dr. Khair bin Mohamad Yusof – Pengarah IAB. Selain ucapan perasmian beliau, majlis juga diserikan dengan Pembacaan Biografi Tokoh Kemerdekaan – Tunku Abdul Rahman dan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik.

Intipati ucapan Pengarah IAB ialah :
  • Menghayati Bulan Kemerdekaan dari skop yang lebih luas.
  • Kemerdekaan bukan untuk orang Melayu tetapi untuk warga Malaysia (1 Malaysia)
  • Guru tidak sewajarnya mengagalkan sistem pendidikan negara
  • Penghayatan Falsafah Pendidikan hendaklah dihayati dengan sebenarnya
  • Kelemahan pendidikan, jika ada perlu dibuat penyelidikan oleh guru
  • Hayati senikata lagu Sudirman sebagai input Bulan Kemerdekaan.

    … aku bukan perwira … aku hanyalah insan biasa yang berjuang bersamamu …

INFO H1N1 16.8.2009






Jumlah kes : 3,574 orang

Kematian : 59 orang

40% mati akibat lewat dirawat

Ditutup : 147 buah sekolah
Ditutup : 28 kem PLKN

H1N1 : Sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan
Virus H1N1 pertama dikesan di Mexico, merebak dengan pantas
Vaksin khas : belum dihasilkan lagi.
Vaksin yang ada di pasaran adalah vaksin untuk seasonal flu
Virus H1N1 masih belum dapat di detect oleh Kaspersky, Norton, AVG atau AVIRA ... hahaha (jangan mareeee)

H1N1 : Kerajaan mengakui tidak mampu memantau semua sekolah

Malaysia adalah No. 1 H1N1 di Asia dan ke-9 di dunia

WHO : 5 juta atau 20 % rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus H1N1 jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai

Menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi

Tanda2 awal : demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit send, sakit tekak, sakit kepala serta bada berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah

Symptoms yg paling bahaya - difficulties in breathing

Tiada bukti kukuh keberkesanan memakai mask di tempat awam
NOTA : Sebahagian foto dicedok dari laman web ... (lupa ambil di mana)

JAKARTA - BANDUNG

TAHNIAH kepada 5 orang ahli Kumpulan 3 kerana sanggup joint kumpulan lain mengikuti Lawatan Berstruktur Ke Jakarta - Bogor - Bandung pada : 1 - 5 Sept 2009.
Kumpulan lain mengadakan lawatan domestik ke Kelantan, T
Kumpulan lain mengadakan lawatan domestik ke Kelantan -Terengganu - Seremban ... dengan objektif yang sama.

AKTIVITI K3


AKTIVITI
KUMPULAN 3

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
SEHINGGA : 1.7.2009 - 21.8.2009
1. Sesi Suaikenal
2. Santapan Satay Samuri di Gombak
3. Meraikan Birth Day Ahli Kumpulan 3 di Taman Melati
4. Pertandingan Boling di Genting Highlands
5. Karaoke di Tingkat 7, Awana Resort
6. Doa Nisfu Sya’aban di Surau Asrama Induk
7. Solat Hajat Mengelak H1N1 di Surau Asrama Induk
8. Lawatan ke Sekolah Antarabangsa & SM Saleha
9. Sumbangan : ayahnda Sdr. Nordin Sadali (meninggal dunia)
10. Pesta Makan Durian di Batang Kali
11. Perasmian Bulan Kemerdekaan oleh Pengarah IAB
12. Pertandingan Sudut Keceriaan Bulan Kemerdekaan
13. Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang
14. Menyaksikan Teater Muzikal TAR di Istana Budaya
15. Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah IAB di Asrama Induk
16. Majlis Solat Terawih bersama Pengarah di Surau Asrama
17. Peperiksaan Fasa Pertama : 24.8.2009

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
SELEPAS :21.8.2009
1. Majlis Berbuka Puasa di Pelabuhan Utara, Kelang
2. Pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan
3. Lawatan Berstruktur ke Kelantan & Terengganu
4. Lawatan Berstruktur ke Jakarta & Bandung
5. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di KLCC
6. Lawatan ke Langkawi – Bulan Disember
7. Lawatan ke Hadnyai atau Pekan Danok, Thailand
8. Kerja Amal di Merapoh – Gabungan Kumpulan (cadangan)
NOTA :
  • Jika ada cadangan lain ... sila kemukakan kepada Penghulu Kumpulan 3
  • Terima kasih kepada Sdri Norbani Baba kerana telah menghulurkan sumbangan kewangan yang besar kepada Kumpulan 3 ... Semoga sumbangan sdri diberkati Allah SWT ... Aminnnn ...
  • Tidak lupa kepada : Sdri Norjah Yusop kerana belanja kita makan durian di Batang Kali. Semoga rezeki sdri berlimpah ruah ... Aminnnn ...

TULISAN ORG MENGANTUK

Mengantuk adalah satu seni ... beginilah bentuk tulisan kawan kita kalau dah mengantuk sangat. Petua mengantuk adalah : tidurzzzz ...

EN. ISMAIL UDOH




En. Ismail bin Udoh …

Pada pandangan saya (setakat ini), En. Ismail bin Udoh – Pensyarah Kewangan Sekolah merupakan tenaga pengajar kami yang paling dikenali dan paling glamour sekali. Penyampaian dan komunikasi beliau dengan peserta NPQEL dalam dewan kuliah yang besar begitu menyeronokkan dan penerangannya sangat jelas serta mudah difahami. Beliau suka membuat jenaka menyebabkan peserta tidak kering gusi dan tidak mengantuk. Mangsa gurauan dan usikan beliau ialah Michelle … Pernah dalam kuliah yang lalu Michelle "bertikam lidah" dengan beliau … tetapi dengan penuh kesabaran, beliau mengambil pendekatan psikologi dan akhirnya nama Michelle lekat dibibirnya. Berdasarkan dari pengakuan beliau, beliau dikatakan mempunyai dua isteri …

Nasihat beliau : Jangan main-main dengan urusan kewangan sekolah. Sedikit kesilapan boleh menyebabkan Pengetua hilang kelayakan naik gred dan boleh masuk penjara …

Saya meletakkan rating : 5 star