SAYED HAKIM YANG KUKENALI


HAKIM SAYED NASIR YANG KUKENALI

Muhammad Al Hakim bin Sayed Nasir : Beliau seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia, pelajar Tingkatan 3. Beliau tinggal nun jauh di pedalaman Kg. Seri Paya, Kelapa Sawit … Beliau merupakan anak murid yang paling akrab dengan penulis. Perwatakkannya sederhana tetapi dipenuhi dengan budi bahasa dan sopan santun serta pandai mengambil hati guru dan rakan-rakan di sekolah. Sentiasa memakai songkok di sekolah tetapi menanggalkannya bila berada di luar sekolah. Bila pakai songkok, beliau tidak perlu memakai minyak rambut malah menyikat rambut. So jimat beli minyak rambut dan beli sikat, katanya. Dari segi akademik, beliau akur dengan ketidakmampuannya untuk mengikuti pelajaran dengan baik tetapi beliau pernah menyebut beliau akan sentiasa berusaha keras mengikut kemampuannya. Walaupun kurang cemerlang dalam pelajaran, beliau yakin boleh menjadi produk pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Beliau ingin berjaya dalam kehidupan, dunia dan akhirat.

Hakim merupakan anak sulung daripada enam adik beradik. Bapanya telah meninggal dunia 3-4 tahun yang lalu dan kini beliau menumpang kasih kepada bapa tirinya. Walau pun begitu, beliau telah menunjukkan sikap dan tanggung-jawabnya dengan memberi sepenuh perhatian kepada adik-adiknya. Oleh kerana rumah beliau nun jauh di pedalaman, beliau ke sekolah dengan menunggang motorsikal buruk dan di parking di depan Maybank Kelapa Sawit. Katanya, jaga bank boleh tolong jaga motornya sekali. Bijak .. Bijak !!! Pada Hari Raya yang lalu, beliau sanggup menaiki bas ke rumah penulis semata-mata ingin menyambut hari raya bersama, sambil ingin berkenalan dengan keluarga penulis. Itu yang menyebabkan penulis bertambah “sayang” kepada beliau. Semasa menghantar beliau balik di Kg. Seri Paya, penulis terperanjat kerana walaupun rumah beliau jauh di pedalaman namun persekitarannya sangat bersih dan di kelilingi dengan pokok tebu kuning yang tumbuh menguning dengan suburnya.

Beliau tidak pandai bersukan tetapi hampir setiap petang beliau akan ke cyber café untuk melayari internet. Pada usia sebegini beliau sudah mahir dengan penggunaan internet khususnya dari segi penggunaan email, berchatting, berblogging, mengoogle dan sebagainya. Beliau berjaya membuat blog hasil bimbingan penulis. Blog beliau :
http://hakimsayednasir.blogspot.com/ . Tapi menurut beliau, beliau melayari internet bukan untuk mencari peluang berseronok tapi beliau akan mendownload soalan-soalan PMR yang boleh diakses dengan mudah. Setiap RM 2.00 / jam yang beliau bayar di cyber cafe akan dipastikan memberi pulangan. Beliau berazam untuk membeli sebuah laptop, bukan hand phone. Apabila ditanya mengenai girl friend … beliau hanya tersenyum simpul kemalu-maluan. Itu tandanya beliau sudah ada mak we yang dah lekat dihati dan perasaannya. Tunggu masa untuk meminang sahaja ... ha ha ha ... (baru sahaja akil baligh bebb ...)

Kepada sesiapa yang berminat untuk berkenalan, bolehlah berhubung dengan beliau melalui email :
hakim.sayednasir@yahoo.com.my . Beliau menyebut, beliau tidak mempunyai hand phone sebab itu bukan keutamaannya. Keutamaannya ialah memberi kebahagiaan kepada adik-adiknya dan ibunya.
cuba menghidupkan puntung rokok untuk dipasang pada radas.
Foto beliau sedang merokok merupakan satu eksperimen mengenai kesan buruk merokok terhadap paru-paru. Beliau cuba menghidupkan puntung rokok untuk dipasang pada radas.

PROJEK TANAMAN HERBA 1


PROJEK TANAMAN HERBA LOT 1

13.10.2009 (Jumaat) : Dengan semangat yang membara, penulis bersama rakan-rakan Pembantu Makmal telah bergotong royong dalam cuaca panas terik menjalankan projek membaikpulih Taman Herba Beraroma di hadapan Makmal 5. Taman tersebut merupakan sebuah taman air terjun dan taman bunga yang tidak diuruskan dengan sempurna. Namun pengetua bersikap proaktif dengan meminta rakan-rakan pembantu makmal membaikpulih taman tersebut dengan tema baru menjadi Taman Herba Beraroma. Akhirnya taman yang berserabut telah berjaya diceriakan semula dengan ditanam pelbagai jenis tumbuhan herba. Taman tersebut berjaya memberi impak dan mampu memberi kesegaran minda kepada seluruh warga SMKKS. Di atas kerja keras yang ditunjukkan oleh krew Taman Herba, Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS dengan senang hati telah membelanja makan tengahari (masakan asam pedas kepala ikan sembilang power) di kantin kepada semua petugas Taman Herba. Selepas ini Pn . Norna dan Pn. Juliana - Pembantu Makmal, Makmal 4 % 5 mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membuat kerja-kerja maintainance.
Terima kasih pengetua dan semua yang terlibat menjayakan Taman Herba :
Terima kasih pengetua dan krew yang menjayakan Taman Herba :

1. Pn. Rahayu binti Mahmud
2. Pn. Norna binti Md Amin
3. Pn. Jamaliah binti Shariff
4. Pn. Juliana Ramdah binti Zainal
5. En. Md Nizam bin Hassan
6. En. Mohd Faris bin Mazlan
7. En. Suhaimi bin Manshah
8. En. Md Khair bin Mohd Syam
9. En. Azman bin Sekan (Penasihat)
10. En. Md Rujhan bin Saim (Penasihat)

AKADEMI FANTASI SMKKS


AKADEMI FANTASIA SMKKS

Bersesuaian dengan Program Lepas PMR, urusetia program telah menjalankan pelbagai aktiviti di antaranya ialah Akademi Fantasia SMKKS. Program ini paling dinanti-nantikan dan mendapat sambutan luar biasa. Kehadiran pelajar lepas PMR mencecah 90% berbanding hari biasa yang dipenuhi dengan ceramah. Peserta telah menunjukkan persembahan yang sangat hebat dengan dihakimi oleh guru-guru terpilih. Bakat murid yang selama ini dipendam telah dapat ditimbulkan, digilap dan dipertontonkan. Sayed Al Hakim bin Sayed Nasir yang menyanyikan lagu Jamal Abdillah merupakan calon favourite diramal memenangi trofi Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahinya kerana pitchingnya kurang enak didengar selain tak pandai berjoget. Beliau hanya mampu menduduki tempat ke-3. Tahniah kepada semua peserta kerana mampu menyerlahkan potensi sebenar dan menyemarakkan Program Lepas PMR

TAKLIMAT SEK RINTIS SPSK



TAKLIMAT SEKOLAH RINTIS SPSK

Pada 24.10.2009 (Sabtu) pihak sekolah telah menjalankan Taklimat Audit Dalaman Sekolah Rintis Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Negeri Johor di Bilik PPSMI. Taklimat disampaikan oleh En. Hasram bin Omar – PK Pentadbiran. SMKKS terpilih untuk mewakili Daerah Kulai berserta 5 buah sekolah yang lain. Semua guru terlibat secara langsung dengan program ini

AIDIL FITRI PEND. KHAS



AIDIL FITRI PENDIDIKAN KHAS

Pada 15.10.2009 (Khamis) Unit Pendidikan Khas SMK Kelapa Sawit telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan meriahnya. Apa yang menarik ialah semua jenis kuih muih, minuman, nasi baryani serta satay dimasak dan disediakan oleh guru, staf serta pelajar pendidikan khas. Sayur-sayuran dan ulam dipetik dari kebun pertanian juga ditanam sendiri oleh murid-murid berkenaan.

Terima kasih kepada Pn. Zanariah – Penyelia Pendidikan Khas, guru-guru, staf sokongan dan para pelajar Pendidikan Khas SMK Kelapa Sawit


Selamat Hari Raya Aidil Fitri


PENYELIAAN SANDARAN (1)



PENYELIAAN PROGRAM SANDARAN PERTAMA

TARIKH : 26.10.2009 (Isnin)
PENYELIA : Pn. Noraini binti Abdullah
DIBANTU : En. Hamidon bin Khalid (Suami)

PESERTA :

1. Cik Zahizan binti Hasrin – SMK Munshi Abdullah
2. En. Ismail bin Md Yatim – SMK Kelapa Sawit
3. En. Nazri bin Nawawi – SMK Indahpura 1

KRONOLOGI :


9.00 Pagi :

Pn. Noraini dan En. Hamidon tiba di SMK Munshi Abdullah disambut dengan perasaan berdebar oleh Cik Zahizan, En. Ismail dan En. Nazri. Kemudian mengadakan kunjung hormat kepada Datin Hasnah binti Md Sem - Pengetua SMK Munshi Abdullah
9.30 Pagi :
Pn. Noraini mempengerusikan sesi taklimat dengan menyemak Buku Log, Profil Sekolah dan Profil Pembangunan Diri setiap peserta.
9.45 Pagi :
Sesi Perbincangan dimulakan fokus kepada Perancangan Strategik, diikuti dengan Projek Keutamaan Sekolah serta masalah berbangkit.
1.00 Ptg. :
Sesi perbincangan ditangguhkan dengan menjemput Pn. Noraini menikmati mee hoon sop special di kantin SMKMA
2.00 Ptg :
Membawa Pn. Noraini membuat kujungan hormat ke SMK Kelapa Sawit menemui Pn. Hjh. Siti Inshah binti Mansor - Pengetua Kanan SMKKS
2.30 Ptg. :
Selepas beramah mesra dan berbincang, Pengetua menjemput Pn. Noraini menikmati asam pedas kepala ikan sembilang yang terkenal keenakkannya di kantin SMKKS.
3.00 Ptg. :
Mengiringi Pn. Noraini membuat kunjungan hormat ke SMK Indahpura 1 untuk menemui Cik Chan Mei Leng - Pengetua SMKI
3.30 Ptg. :
Puan Noraini dan suami bertolak balik ke Seremban.

REFLEKSI :

1. Berbangga dengan kerjasama yang diberikan oleh peserta dan pengetua
2. Berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh peserta
3. Perbincangan hangat khususnya teknik penulisan perancangan strategik
4. Perbincangan kali kedua akan dijalankan pada bulan Januari 2010
5. Sebarang masalah, diminta menghubungi beliau melalui telefon atau email
6. Mengucapkan Selamat Menunaikan Fardu Haji kepada Pn. Noraini dan suami
7. Kami mendoakan Pn. Noraini selamat pergi dan kembali ke tanah air
6. Katanya, asam pedas kepala ikan sembilang memang mengancam …


PRAKTIKUM DI SMKKS




INFO SMK KELAPA SAWIT

ALAMAT :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit (SMKKS),
Batu 26, Jalan Air Hitam,
81030, Kulai, Johor.

LOKASI SEKOLAH :
SMKKS terletak di pekan Kelapa Sawit, 10 KM dari Bandar Kulai. Dikelilingi taman-taman perumahan seperti Taman Manis, Taman Wawasan, Taman Wedo, Taman Sin Sawit, Kg. Seri Paya, Kg. Rahmat dan Perumahan Rakyat. Juga berdekatan dengan premis sekolah terdapat Pondok Bas / Teksi, Balai Polis, Pejabat Pos, deretan kedai dan restoren

MULA DIBINA : 1982 (27 tahun)
SIAP SEPENUHNYA : 1983
MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN : 1984
LOKASI : Luar Bandar
NAIK TARAF GRED A : 1991
KEWANGAN SEKOLAH : PTJ
KELUASAN KAWASAN : 3 ekar

ASAL USUL NAMA KELAPA SAWIT :
Nama sekolah dipilih berdasarkan lokasi sekolah yang terletak di pekan Kelapa Sawit. Persekitaran sekolah dahulunya di kelilingi ladang kelapa sawit yang menjadi nadi utama pendapatan penduduk setempat.

BILANGAN GURU : 129 ( L = 41 ; P = 88)
BILANGAN STAF SOKONGAN : 20 (L = 7 ; P = 13)
BILANGAN PELAJAR : 2,120 ( L = 1,035 ; P = 1,085)
NAMA PENGETUA : Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor
GRED PENGETUA : Pengetua Kanan DG52

FEEDER SCHOOL :
SJK(C) Kelapa Sawit, SJK(C) Air Bemban, SJK(C) Kulai Besar, SJK(T) Ladang Oil Palm, SK Felda Bukit Batu, SK Air Manis, SK Sedenak, SK Layang-Layang dan SK Polis Kem.

KEPUTUSAN SPM 2008 : 47.30% (GPS : 5.86)
KEPUTUSAN PMR 2009 : 47.76% (GPS : 3.38)

BIDANG KEBITARAAN SEKOLAH :
Pihak sekolah sangat berbangga dengan Kumpulan Nasyid Al Wardah. Kumpulan ini berjaya membentuk niche area yang tersendiri dan secara langsung telah menjulang nama sekolah. Kumpulan Nasyid Al Wardah muncul Johan dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Nusantara pada tahun 2008 yang turut disertai oleh Singapurta, Indonesia, Indonesia dan Berunai. Ekoran kejayaan yang dicapai, kumpulan ini telah merakamkan album nasyid di bawah naungan EMI Records (M) Sdn. Bhd. dan akan merakam album kedua bersama Life Records.