HIDANGAN EXOTIC BELANGKAS





























































































Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa belangkas merupakan makanan eksotik yang sukar ditemui pada masa sekarang. Namun bagi pengemar masakan eksotik belangkas, anda boleh berkunjung ke Restoren Mahkota, Kota Tinggi, Johor. Saya yakin, hanya restoren ini sahaja yang menghidangkan masakan belangkas secara konsisten setiap hari di Malaysia !!!

Bagi anda yang pertama kali ingin merasai nikmat belangkas, mungkin anda akan rasa geli geleman tapi sebenarnya masakan belangkas memang kaw kaww ... phewww !!! sedappp bebbb !!! memang sedap dan menyelerakan. Saya jamin anda akan makan 2 pinggan. Cara masakan belangkas samada digoreng dengan sambal pedas atau masak lemak cili padi ...dia punya sedap, cerita pun tak guna. Sepanjang hidup, saya yakin ... inilah masakan yang paling menyelerakan sekali.

Selain hidangan belangkas, restoren ini juga menyajikan hidangan siput sedut dan juga siput gong gong. Yang ni tak berapa sedap sangat tapi kalau di cecah dengan sambal belacan, mau terbakar lidah ... hehehe ... Tidak lupa, restoren ini turut menghidangkan masakan asam pedas pelbagai jenis ikan laut. Orang kata asam pedas Parit Jawa, Muar, sedap tapi asam pedas di Restoren Mahkota saya dah dah rasa - paling sedap. Minuman eksotik seperti fresh orange, air tembikai dan pelbagai, serta ABC berisikan tapai ubi memang kaw kawww !!!

Restoren ini di buka mulai jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang. Untuk tujuan tidak kempunan, anda disyorkan suaya menelefon tauke restoren : Pak Hamid. Beliau sendiri yang memasak hidangan belangkas kerana menurutnya cara melapah belangkas memerlukan ketelitian yang tinggi. Jika tersalah lapah, boleh menyebabkan keracunan dan kematian. Kes kematian kerana tersalah masak belangkas pernah berlaku.

Menurut Pak Hamid ... hidangan belangkas mempunyai khasiat tersendiri. Selain untuk menguatkan tenaga batin ke tahap maksima, ia boleh menjadi penawar penyakit aids / HIV ... namun kajian saintifik belum ada lagi tapi ini hanya cerita dari mulut ke mulut sahaja.

Apa lagi ? datanglah beramai-ramai ke Restoren Mahkota, Kota Tinggi.

SETIAKAWAN K3




Pada 18.3.2009 (Khamis) ... MPV Citra Cikgu Ibrahim telah mengalami bateri weak. Maka dengan serta merta kekawan K3 segera membantu dengan meminjamkan jumper dan terus boleh start. Ni saja nak tunjukkan betapa akrabnya hubungan persahabatan dan setiakawan di kalangan peserta IAB. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung. Tahniah K3 ... !!!

IAB - FASA PERTENGAHAN




Mulai 15.3.2010 ... semua warga NPQEL 2/2009 akan memulakan sesi FASA PERTENGAHAN. Walau bagaimanapun, Kumpulan 1 kini berada di IAB Jitra, Kedah. Semasa sesi pertama pada pagi Isnin ... semua kekawan kelihatan tidak berapa bermaya kerana mereka seronok berada di sekolah lama menjalankan Program Sandaran.

Cerita mengenai Program Sandaran ... ada kekawan kita yang panas badan sebab ada yang kehilangan data sebab laptop kena virus atau laptop rosak. Mereka kena buat balik laporan kerana laporan perlu dihantar sebelum 30.3.2010 ...

Namun ... perjuangan di IAB perlu diteruskan.