DOA SELAMAT DI RUMAH PN. ROSMAWATI
Pada 29.4.2010 (Khamis mlm Jumaat) … semua ahli K3 telah dijemput untuk menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Doa Kesyukuran di rumah Saudari Rosmawati binti Jamaluddin, berhampiran Proton City, Slim River … perjalanan sekitar 1 jam dari IAB. Semua peserta terkedu melihat keunikan dan kecantikan rumah banglo Sdri. Rosmawati ala-ala gaya Eropah di kelilingi beberapa buah banglo yang tersergam indah dan hebat. Semoga peserta NPQEL khususnya K3 yang rata-rata bergred DG44 diharap dapat memiliki rumah secantik rumah Sdri. Rosmawati kerana secara tidak langsung dapat menaikkan imej guru. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah dan diikuti dengan bacaan Yassin dan Tahlil. Selepas itu, semua tetamu dijamu dengan hidangan nasi baryani, bubur kacang, nasi himpit dan sop ayam … kesemua masakan sungguh menyelerakan … Terima kasih juga diucapkan kepada suami Saudari Rosmawati di atas undangan terhadap K3. Yess !!! … selepas ini rumah siapa pulak yang akan membuat majlis seumpama ini ??? Penulis sememangnya berminat untuk buat majlis untuk rakan-rakan K3 tetapi siapakah di antara kekawan kita yang sanggup untuk datang ke-JB sejauh 350 km. Jika sanggup, penulis akan menghidangkan menu yang paling lazat iaitu masakan eksotik belangkas … hahaha …
MELAWAT LADANG STRAWBERRY
Pada 28.4.2010 … penulis bersama Sdr. Azman telah melawat ladang Strawberry di Goh Tong Jaya. Wowww … betapa seronoknya berada di ladang strawberry, dapat merasa buah strawberry yang rasa masam manis. Namun berlegar dalam ladang tersebut begitu segar dan nyaman. Kepada rakan-rakan NPQEL yang belum ke sana … cepatlah berbuat demikian kerana tiada bayaran masuk.
KEJOHANAN BOWLING K3 KALI KE-2
Kejohanan Bowling K3 Kali Ke-2 telah diadakan pada 22.4.2010 (Khamis : 6.00 ptg) di Genting Highlands. Pada kali ini kejohanan anjuran K3 turut disertai Kumpulan K4. Berlangsung dengan penuh kemeriahan, keriangan dan keseronokkan, ternyata mampu melupakan penat lelah menghadiri kuliah statistik. Terdapat peningkatan kepada rakan2 yang sebelum ini baling masuk longkang tetapi kali ini mampu mendapat strike. Namun ada yang tidak kena apabila ada peserta solat maghrib, maka peluang diambil oleh meraka yang bertaraf “kebangsaan” untuk membaling bola menggantikan kawan mereka. Dengan pantas keputusan berubah menjadi 360° … Walau bagaimanapun, itu tidak penting … yang paling afdal : hubungan persahabatan K3 menjadi bertambah erat dan akrab. Kejohanan Bowling Kali ke-3 akan diadakan pada bulan hadapan di Jitra … kali ini pasti hebat, tak ada tipu-tipu lagi … hahaha …
NGETEH DI GOH TONG JAYA
Jom ngetehhh !!! ..
Restoren Kandhar mamak inilah tempat peserta NPQEL menikmati teh dan kopi tarik. Tapi ada yang lebih suka di Rastoren KK. Tidak kurang yang sanggup turun ke Batang Kali sejauh 30KM semata-mata kerana secawan teh tarik berharga RM 1.30 sahaja. Namun yang paling penting bagi kaki ngeteh ialah mendapat kepuasan semasa berborak bersama kekawan.
KARNIVAL SUKAN & KESIHATAN
KARNIVAL SUKAN DAN KESIHATAN NPQEL 2010
Karnival tersebut telah dijalankan pada : 13, 14 & 15 April 2010 melibatkan kesemua 5 kumpulan NPQEL dan juga warga IAB. Kejohanan telah berlangsung dengan penuh dramatik, emosional dan mendebarkan. Walau bagaimanapun, pergerakan pemain agak terbatas maklumlah … 70% warga NPQEL sudah lanjut usia melebihi 40 tahun. Keinginan membuak-buak tapi tenaga tak ada !!! hahaha …
AKTIVITI :
Karnival Sukan dan Permainan : Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring, badminton, Tenis, Ping Pong, Dart, Dam Aji, Batu Seromban, Congkak dan sebagainya.
Karnival Kesihatan : Pemeriksaan Kesihatan, Ujian Pap Smear dan Derma Darah
Lain-lain Aktiviti : Majlis Makan Malam bersama Dato’ Pengarah IAB di Asrama Induk dan Ceramah Kesihatan di Dewan Kuliah IAB
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah : Disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IAB
KEPUTUSAN :
Tak sure tapi yang pasti K3 tak ada yang muncul JOHAN
REFLEKSI :
1. Menghiburkan dan menyeronokkan
2. Berjaya mengeratkan silaturrahim
3. Penyertaan yang membanggakan
4. Penglibatan peserta yang proaktif
5. Cuaca mendung tapi menyegarkan