SENIBONG - DINNER
Sebaik balik ke Kulai, geng2 Kulai meraikan kepulangan penulis dengan makan malam bersama 2 sahabat baik : Cikgu Zamri & Cikgu Fadzil. Mereka belanja penulis di Senibong, JB ... tempat seafood yang paling hebat di JB. Apa tidaknya, makan di atas air dengan berlatarbelakangkan cahaya pulau Singapura. Cikgu Zamri belanja ... tq
Pas ni ada kekawan nak belanja penulis makan hidangan eksotik belangkas pulak ... meleleh air liok bebbb ...
1.7.2010 - KEMBALI KE SMKKS
Hari ini adalah saat yang menyimpangsiurkan sebab penulis betul2 sedar bahawa keberadaan di IAB telah berakhir, genap setahun. Sekarang penulis melapor diri ke sekolah asal : SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR. Masuk sini pun dengan perasaan "malas" dan "boring" sebab dah biasa dengan kuliah namun digagahi juga. PK Pentadbiran arahkan datang hari Isnin untuk mengajar sesi petang. Walaupun akur, tapi semacam "malas" betul .. oklah oklah ... terima sahajalah, dah jadi tanggungjawab ... nak buat macamana ???
Langgan:
Catatan (Atom)