147100 PUCONG SELANGOR
Assallamualaikum w.b.t.,
Encik Ismail, tahniah atas usaha anda mewujudkan laman ini. Sangat baik untuk menunjukkan kita tak ketinggalan dunia ICT. Kalau di sekolah, tak sempat kita nak bersembang di laman cyber ni.
Selamat berkenalan dengan guru-guru peserta NPQEL. Saya memang pernah mendengar NPQH 10 tahun dulu tapi tak terfikir pun nak mengikutinya. Rasa malu nak mohon, macam perasan nak jadi pengetua. Bila dah penat sangat di sekolah, saya cuba lah memohon NPQEL ini. Alhamdulillah. Allah mendengar doa saya, memang inilah peluang saya nak belajar semula. Moga-moga lepas keluar NPQEL ini,, saya akan jadi guru yang lebih baik, lebih berkesan !! Amin...
Kepada kawan-kawan NPQEL khusus untuk group 3, kalau u all boring makan di IAB ni, jom lah datang rumah saya, kat Puchong je. Kat sekolah dulu, rumah saya adalah restoran pilihan kawan-kawan sekolah. Bukanlah saya anak didik Chef Wan tapi orang Negeri Sembilan macam saya ni suka masak dan ajak kawan-kawan makan... jom... kalau nak rasa menu negoghi... Cuma masalah orang yang tongue omputih, kesin jugaklah... sebab cili padi adalah sebahagian resepi hidupku!
ok, kita sambung lagi lain kali ...
salam hormat,
norjahyusop / iab / 14 ogos 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan