Syukur Alhamdulillah … Setelah berhempas pulas selama 2 minggu mulai 26.10.2009 – 12.11.2009 maka Projek Tanaman Herba telah disempurnakan dengan jayanya. Cuma tinggal membuat label nama pokok dan khasiatnya sahaja. Penulis berterima kasih yang teramat sangat kepada semua krew makmal khususnya : Pn. Jamaliah, Pn. Norna, En. Suhaimi, En. Nizam dan En. Faris. Meraka ini telah membantu penulis secara konsisten sejak mula lagi dan selayaknya diberikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan. Sebagai tanda ucapan terima kasih dan penamat projek, penulis telah belanja makan di sebuah kedai makan di bandar Kelapa Sawit. Namun setiap hari penulis telah membelanja makan minum sahabat-sahabat Pembantu Makmal kerana mereka telah menunjukkan komitment yang tinggi. Pengetua juga telah belanja makan pada hari pertama projek ini dimulakan. Penulis sedang menderaf Sijil Penghargaan untuk mereka yang terlibat.
Sebagai penutup kerja keceriaan, penulis telah menyumbang 2 anak pokok Tongkat Ali dan di tanam di dua lot keceriaan. Pokok Tongkat Ali dipilih kerana ia melambangkan kekuatan dan kasih sayang. Tidak lupa kepada Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS juga telah menyumbangkan 6 anak pokok iaitu 2 pokok limau nipis dan 2 pokok kari dan 2 pokok aloe vera.
Oleh kerana ada yang bertanya dan menyindir, maka penulis terpaksa menyebutkan iaitu dari segi teknikal, penulis tidak perlu belanja mereka makan kerana kerja-kerja keceriaan dijalankan pada masa kerja rasmi namun atas dasar peri kemanusiaan dan kasih sayang, penulis dengan ikhlas hati belanja makan kerana kagum dengan sifat dedikasi, komitmen, kesungguhan dan keikhlasan sahabat-sahabat Pembantu Makmal. SMS sahaja, mereka akan segera turun ke tapak Taman Herba. Tenaga empat kerat yang dicurahkan tidak terperi nilainya.
Berbanding dengan seorang cikgu hamba Allah yang pada mulanya beriya-iya benar bagi makan minum kepada beberapa orang pelajar yang turut membantu namun bila dah kopak RM 20 - 30 … maka dengan serta merta cikgu hamba Allah itu terus mengungkit-ungkit dan menarik diri dari membantu projek keceriaan.
Sayugia penulis menghabiskan duit poket sendiri secara purata RM 25 / Hari X 10 Hari = RM 250.00 … itu belum masuk duit upah pelajar yang membantu mengangkut batu, membuang sampah, membuang papan, kayu dan ranting pokok. Paling tidak RM 1 X 5 Murid X 10 Hari = RM 50.00
Penulis fokus kepada kewangan kerana kewangan menjadi nadi bagi sesebuah projek. Tiada projek yang dijalankan secara percuma. Demi sekolah, penulis telah berkorban.

Tahniah! Projek dah selesai.
BalasPadam1. Saya baru siap dua aktiviti dalam satu projek/program. Dalam satu program tu ada 5 aktiviti - Kembara Bahasa, Bengkel Penulisan Cerpen, Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional, Bengkel Pendekatan Penulisan Karangan, Lawatan dan Menonton Teater - Semuanya dalam Program Lestari Bahasa. Baru jalan dua aktiviti.
2. Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak di sekolah - masih hanging sebab belum mendapat kepastian JPN tentang status bagunan untuk dibuat taska.
3. Kursus Pengurusan Asrama - utk Warden dan Kepimpinan Asrama - thn depan le baru boleh mula.
4. Kem Kecemerlangan Bahasa Arab - thn depan juga. Tapi akan dibuat dengan kerjasama UPSI.
Walaupun kena buat 3 je. Saya buat keempat2 diatas. Tapi laporan akan dibuat 3 je le. Nak uat projek senang. Nak buat laporan yang menderita.....
Rosmawati Jamaluddin
K3
Tahniah! Projek dah selesai. Kira orait le... Walaupun dah berhabis duit.
BalasPadamSaya punya projek?
1. Program Lestari Bahasa.
- Kembara Bahasa
- Bengkel Penulisan Cerpen
- Bengkel Penghayatan Puisi Tradisional
- Bengkel Pendekatan Penulisan Karangan
- Lawatan ke Fakulti Penulisan ASWARA
- Menonton Teater (pilihan - Panggung DBKL atau Istana Budaya)
*Itu baru satu program. Baru jalan 2 aktiviti. 4 aktiviti lagi tu, tahun depan le.Program ni untuk Tingkatan 4 sebagai persediaan mencapai target 100% A BM SPM
2. Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Nursery)
- Masih hanging sebab JPN tak tahu nak buat keputusan tentang status bangunan/kuaters yang akan dijadikan nursery.
3. Kursus Pengurusan Asrama - tahun depan.
4. Kem Kecemerlangan Bahasa Arab - akan dijalankan dengan kerjasama UPSI di bawah Program BITARA-UPSI tahun depan untuk Tingkatan 3.