HARI RAYA NPQEL 2/2009


























































































SAMBUTAN HARI RAYA NPQEL 2/2009
SAMBUTAN HARI RAYA NPQEL 2/2009
SELAMAT HARI RAYA
Setelah setiap kumpulan mengadakan Sambutan Hari Raya maka semua kumpulan telah bergabung untuk meraikan SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT NPQEL 2/2009. Sambutan dijalankan di Dewan Makan Asrama Induk pada 7.10.2009 (Rabu : 8.30 – 10.00 mlm). Turut hadir ialah En. En. Edaris bin Abbu Bakri - Ketua Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin & Eksekutif … merangkap Penyelaras NPQEL 2`/2009.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Setelah ucapan Penghulu dan En Edaris, majlis dimurnikan dengan bacaan Marhaban beramai-ramai. Namun selepas itu dimeriahkan dengan nyanyian karaoke … ???

Selepas ini peserta NPQEL digalakkan berjumpa doktor untuk menilai ketinggian darah tinggi, kemanisan kencing manis dan kekuatan degupan jantung. Yang ada gout juga diminta berbuat demikian. Al maklumlah … sepanjang berada di IAB selepas raya, peserta terlalu banyak makan kuih raya, ketupat, satay, rendang, daging lembu dan kambing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan