SALAM AIDIL FITRI K3


SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
KUMPULAN 3

Pada 1.10.2009 (Khamis : 5.30 ptg. - 9.00 mlm.) … K3 telah mendahului kumpulan lain dengan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bertempat di Awana Resort, Genting Highlands. Masing2 membawa juadah dan kuih muih. Bagi kaum wanita yang tinggal berhampiran IAB : Sdri Norbani, Sdri Norjah, Sdri Rosiah, Sdri Rosmawati, Sdri Aliza, Sdri Senah dan beberapa orang lagi, masing-masing membawa nasi himpit, rendang, serunding dan lemang dari rumah. Kaum lelaki membawa water melon dan coke. Yang istimewa … Sdr Rashid – membawa dodol nenas dari Bandung … Yang lain bawa ??? ...

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Yunus dan diikuti oleh ucapan alu-aluan Pengerusi Kebudayaan – Sdr. Mazlan. Masing-masing juga mengambil kesempatan memberi ucapan Selamat Hari Raya. Majlis penyerahan jaket berlogokan KPM diadakan pada majlis tersebut.

Sambil menikmati juadah Hari Raya, majlis juga diserikan dengan nyanyian karaoke bertemakan lagu Hari Lebaran. Secara tidak langsung K3 berjaya mencungkil bakat terpendam … Pujian dilemparkan kepada : Sdr Mazlan, Sdr Rashid dan Sdr Anuar serta Sdri Rosiah kerana suara emas yang bergemersik berjaya memukau rakan-rakan yang lain. Manakala suara Sdr Ibrahim juga apa kurangnya, suara yang lemak-lemak manis berjaya memukau hadirin. Namun menjadi sejarah kepada Sdr Azman kerana sepanjang usia, beliau tidak pernah berkaraoke tapi beliau berjaya memecah rekod dengan menyanyikan lagu Dendang Perantau dengan penuh kesyahduan.

Misi, Visi, Matlamat dan Objektif untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli K3 tercapai. Majlis grand akan diadakan di Hotel Seri Malaysia pada minggu hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan