SALAM PERPISAHAN UTK PENGARAH IAB


SALAM PERPISAHAN
KEPADA YANG BERBAHAGIA TUAN PENGARAH IAB
DARI KUMPULAN 3 NPQEL 2/2009


Semua peserta NPQEL khususnya KUMPULAN 3 tersentak apabila mendapat berita Yang Berbahagia Tuan Pengarah akan bertukar ke KPM Putrajaya. Tersentak kerana selama ini Tuan Pengarah begitu dekat di hati kumpulan kami. Namun tarikh rasmi pertukaran Tuan Pengarah, kumpulan kami masih belum mengetahui.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, kami KUMPULAN 3 mengambil langkah awal menyampaikan cenderahati perpisahan memandangkan kami akan menjalani Program Sandaran mulai 12.10.2009. Cenderamata tersebut disampaikan oleh abang senior kita KUMPULAN 3 iaitu Sdr. Ibrahim bin Yajid pada 9.10.2009 (Jumaat) di pejabat beliau. Tuan Pengarah merasa sungguh berbesar hati dengan KUMPULAN 3, khususnya kepada Sdr. Ibrahim dan selepas itu telah menghantar sms kepada Sdr. Ibrahim, dipetik seperti berikut :
Terima kasih En. Ibrahim & rakan2 tuan kumpulan tiga.
Doa saya kejayaan tuan puan dirahmati Allah. Khair
Penulis pula secara peribadi menyanjung tinggi dan sangat menghormati beliau. Berhadapan dengan Tuan Pengarah pada 28.8.2009 adalah detik dan hari yang sangat manis dan penuh bermakna. Banyak kata-kata beliau telah penulis kodkan dalam blog ini dan di antara yang paling menusuk jiwa penulis ialah (maksudnya) … berbuatlah apa sahaja asalkan jangan bercakap berbohong

Kami KUMPULAN 3 sentiasa mendoakan kesejahteraan, kejayaan dan kecemerlangan Tuan Pengarah di tempat baru di KPM. Ingat-ingatlah kepada kami KUMPULAN 3 ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan