HARI RAYA K3 KALI KE-2























































SAMBUTAN HARI RAYA K3 KE-2
SAMBUTAN HARI RAYA K3 KE-2

Pada 6.10.2009 (Selasa : 3.30 – 7.00 ptg) … sekali lagi K3 menganjurkan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KALI KE-2 di Awana Resort, Genting Highlands. Majlis turut dihadiri oleh En. Rusli bin Wahab – Pensyarah Kanan / Penyelaras K3 dan En. Mat Zin bin Daud – Pendaftar IAB dan beberapa pensyarah jemputan.

Selain ucapan En. Rusli, majlis turut mengundang beberapa orang ahli kumpulan untuk memberikan ucapan. Penulis sendiri mengambil peluang berucap dengan menjelaskan serba ringkas mengenai isu blogspot. Rupa2nya ramai tak tahu cerita tersebut. Juga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kerana sedikit sebanyak telah “menconteng arang” wajah K3. Kemaafan semua ahli K3 amat dihargai. Kasih sayang terjalin erat di kalangan K3. Pesanan akhir penulis : kalau tak nak kena apa-apa, jangan buat apa-apa.

Pada majlis yang sama, K3 menyampaikan Hadiah Anugerah Khas kepada Sdri Norbani binti Baba di atas sumbangan ikhlas … baik dari segi masa dan wang ringgit yang telah dicurahkan secara peribadi kepada K3. Mau-mau dah cecah 1K beliau telah belanjakan. Beliau tidak meminta balasan kerana balasan yang terbaik ialah balasan dari Allah S.W.T … Hidupppp Norbani !!!! Lain kali berlanja kita lagiiii !!!!

Walau pun meriah … tapi masih ada yang tak kena sebab tak ada karaoke …Masing2 dah sedia lagu raya tapi oleh kerana sewa karaoke cecah RM 350 … maka hajat untuk berkaraoke tidak kesampaian …


1 ulasan:

  1. Aslkm. Nape x ckp ari tu nk karaoke.Tak apa nanti tahun hadapan kita rancang lagi ok.
    Pesanan ikhlas dari sy, jgn dikira berapa yg diberi. Krn semua yg kita ada adalah milik sementara termasuk nyawa dan jasad.

    BalasPadam