SAYED HAKIM YANG KUKENALI


HAKIM SAYED NASIR YANG KUKENALI

Muhammad Al Hakim bin Sayed Nasir : Beliau seorang pelajar yang baik dan berakhlak mulia, pelajar Tingkatan 3. Beliau tinggal nun jauh di pedalaman Kg. Seri Paya, Kelapa Sawit … Beliau merupakan anak murid yang paling akrab dengan penulis. Perwatakkannya sederhana tetapi dipenuhi dengan budi bahasa dan sopan santun serta pandai mengambil hati guru dan rakan-rakan di sekolah. Sentiasa memakai songkok di sekolah tetapi menanggalkannya bila berada di luar sekolah. Bila pakai songkok, beliau tidak perlu memakai minyak rambut malah menyikat rambut. So jimat beli minyak rambut dan beli sikat, katanya. Dari segi akademik, beliau akur dengan ketidakmampuannya untuk mengikuti pelajaran dengan baik tetapi beliau pernah menyebut beliau akan sentiasa berusaha keras mengikut kemampuannya. Walaupun kurang cemerlang dalam pelajaran, beliau yakin boleh menjadi produk pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Beliau ingin berjaya dalam kehidupan, dunia dan akhirat.

Hakim merupakan anak sulung daripada enam adik beradik. Bapanya telah meninggal dunia 3-4 tahun yang lalu dan kini beliau menumpang kasih kepada bapa tirinya. Walau pun begitu, beliau telah menunjukkan sikap dan tanggung-jawabnya dengan memberi sepenuh perhatian kepada adik-adiknya. Oleh kerana rumah beliau nun jauh di pedalaman, beliau ke sekolah dengan menunggang motorsikal buruk dan di parking di depan Maybank Kelapa Sawit. Katanya, jaga bank boleh tolong jaga motornya sekali. Bijak .. Bijak !!! Pada Hari Raya yang lalu, beliau sanggup menaiki bas ke rumah penulis semata-mata ingin menyambut hari raya bersama, sambil ingin berkenalan dengan keluarga penulis. Itu yang menyebabkan penulis bertambah “sayang” kepada beliau. Semasa menghantar beliau balik di Kg. Seri Paya, penulis terperanjat kerana walaupun rumah beliau jauh di pedalaman namun persekitarannya sangat bersih dan di kelilingi dengan pokok tebu kuning yang tumbuh menguning dengan suburnya.

Beliau tidak pandai bersukan tetapi hampir setiap petang beliau akan ke cyber café untuk melayari internet. Pada usia sebegini beliau sudah mahir dengan penggunaan internet khususnya dari segi penggunaan email, berchatting, berblogging, mengoogle dan sebagainya. Beliau berjaya membuat blog hasil bimbingan penulis. Blog beliau :
http://hakimsayednasir.blogspot.com/ . Tapi menurut beliau, beliau melayari internet bukan untuk mencari peluang berseronok tapi beliau akan mendownload soalan-soalan PMR yang boleh diakses dengan mudah. Setiap RM 2.00 / jam yang beliau bayar di cyber cafe akan dipastikan memberi pulangan. Beliau berazam untuk membeli sebuah laptop, bukan hand phone. Apabila ditanya mengenai girl friend … beliau hanya tersenyum simpul kemalu-maluan. Itu tandanya beliau sudah ada mak we yang dah lekat dihati dan perasaannya. Tunggu masa untuk meminang sahaja ... ha ha ha ... (baru sahaja akil baligh bebb ...)

Kepada sesiapa yang berminat untuk berkenalan, bolehlah berhubung dengan beliau melalui email :
hakim.sayednasir@yahoo.com.my . Beliau menyebut, beliau tidak mempunyai hand phone sebab itu bukan keutamaannya. Keutamaannya ialah memberi kebahagiaan kepada adik-adiknya dan ibunya.
cuba menghidupkan puntung rokok untuk dipasang pada radas.
Foto beliau sedang merokok merupakan satu eksperimen mengenai kesan buruk merokok terhadap paru-paru. Beliau cuba menghidupkan puntung rokok untuk dipasang pada radas.

1 ulasan: