SHAIFUL ANUAR : BERTEKA-TEKI



SEKILAS PANDANG :

Shaiful Anuar adalah sahabat lama semasa penulis mengajar di SMK Indahpura 1. Di situ, beliau menjadi cikgu pilot, iaitu di antara cikgu yang awal semasa sekolah di buka pada 2004. Banyak kenangan pahit manis sepanjang bersama beliau. Sebagai kawan satu sekolah, hubungan kami tetap akrab namun hanya sekadar kenal dari segi personaliti sahaja.

Penulis ingin menyorot mengenai profil secara sepintas lalu kerana Sdr. Shaiful dianggap sebagai seorang guru yang unik, pelik sikit dan penuh misteri.

BIODATA :

Nama : SHAIFUL ANUAR BIN M NOOR
Asal : KG YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU
Kediaman : TAMAN PUTRI, KULAI
Tarikh Lahir : 21 FEB 1963 (46TH)
Anak Ke Berapa : 7/7 (Bongsu)
Bilangan Anak : 2 ORANG : 1 Lelaki (14th) & 1 Perempuan (13 th)

PENGALAMAN MENJADI GURU : 19 Tahun

KELULUSAN AKADEMIK :
1. Maktab Perguruan Mohd Khalid, JB 1989 – 1991 (3 tahun)
2. Ijazah Sarjana Muda PBMP, UPM Serdang 1997 – 1999 (3 tahun)

PENGALAMAN MENGAJAR :
SMR Felda Adela, Kota Tinggi 1985 - 1987 (Sandaran)
SK Sungai Danga 1991 - 1997
SMK Taman Universiti 1999 - 2001
SMK Kota Kulai 2001 - 2003
SMK Indahpura (1) 2004 - 2006
SMK Kelapa Sawit 2006 - 2007
SMK Benut 2007 - 2008
SMK Kelapa Sawit 2008 - KINI

CITA-CITA : Ingin Menjadi Guru Pakar Bahasa Melayu

PENGALAMAN HIDUP PALING HEBAT :
1. Dapat menyambung belajar di UPM 1997
2. Interview Master UKM 2005 dan layak membuat master tapi membatalkan hasrat

PENGALAMAN HIDUP PALING SADIS :
1. Pernah menjadi Guru Sandaran di SMR Felda Adela 1985 – 1987
2. Pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 1986 di Felda Adela kerana dirempuh kereta. Kemudian dimasukkan ke HSA JB selama 6 bulan kerana mengalami patah tulang kaki dan tangan serta hilang ingatan sekejap
3. Pernah terlibat dalam kemalangan ngeri di Simpang Renggam pada 2002 menyebabkan dimasukkan ke Hospital Kluang selama 2 bulan. Beliau merempuh lori simen yang bergerak perlahan dan beliau merempuh tayar lori menyebabkan tulang yang patah dahulu telah terkeluar semula. Beliau hilang ingatan sampai sekarang dan terpaksa mengambil ubat-ubatan setiap 23 hb setiap bulan.

PENUTUP :
Penulis mendoakan Sdr. Shaiful sentiasa berada dalam kersihatan yang baik, sentiasa murah rezeki dan sentiasa genbira bersama rakan-rakan, anak isteri dan seronok berkhidmat di SMK Kelapa Sawit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan