PERHIMPUNAN TERAKHIR 2009


Perhimpunan Mingguan Hari Isnin pada 16.11.2009 merupakan perhimpunan rasmi terakhir untuk sesi 2009. Kehadiran pelajar hanya melibatkan pelajar calon SPM dan Tingkatan 4. Pelajar lepas PMR dicutikan kerana kerja-kerja penyusunan bilik peperiksaan SPM akan dijalankan.

Selain ucapan pengetua, beberapa orang guru yang akan berpindah juga diberi penghormatan memberikan ucapan sepatah dua kata iaitu Haji Azman Sekak, Pn.Rafidah Khamis dan Pn. Normasliza Rasli. Guru-guru tersebut berucap dengan penuh syahdu sehingga menitiskan air mata kasih. Pada majlis yang sama, penulis juga telah diberi peluang berucap sebagai pemerhati dan peserta NPQEL.

Ucapan Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor – Pengetua Kanan SMKKS lebih fokus kepada calon SPM. Beliau menasihatkan calon SPM supaya menjaga kesihatan dan keselamatan diri disamping terus meningkatkan usaha sehingga peperiksaan tamat. Pengetua mengingatkan bahawa SPM merupakan kemuncak sesi persekolahan sepanjang 11 tahun bersekolah dan paling penting mesti lulus BM untuk melayakkan mendapat Sijil SPM.

Manakala penulis memberikan ucapan menyentuh kepada kelebihan SMKKS yang sepatutnya pelajar-pelajar hargai iaitu :
1. Keceriaan SMKKS masa kini berada tahap paling kondusif walaupun berusia 30 tahun
2. SMKKS mempunyai ramai guru berpengalaman mengajar lebih 10 tahun
3. Disiplin murid berada tahap yang paling memuaskan, tiada kes polis.
4. Mempunyai pengetua kanan yang sangat dedikasi dan cemerlang dari segi pentadbiran.

Semua warga guru SMKKS mendoakan kejayaan calon-calon SPM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan