DOA SELAMAT WARGA SMKKS


Pada 6.11.2009 (Jumaat) : SMKKS menjalankan PROGRAM BINA SAHSIAH seperti kebiasaan yang dilakukan pada setiap pagi Jumaat. Namun program pagi ini ada kelainan sedikit kerana secara khusus program ini dijalankan untuk memohon perlindungan daripada Allah S.W.T. agar semua warga SMKKS terpelihara dari mara bahaya dan ujian yang tidak tertanggung.

Dalam tempoh 2 minggu ini dua orang pelajar SMKKS telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, seorang guru wanita pula terlibat dengan kemalangan jalan raya tetapi hanya mengalami cedera ringan walau pun kereta yang dinaiki terbalik. Manakala isteri seorang guru SMKKS juga telah keguguran dan kes terbaru anak seorang Pembantu Makmal telah dimasukkan ke hospital.

Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. diikuti dengan bacaan Yassin beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Pada sebelah tengahari, semua guru, staf dan pelajar lepas PMR telah menikmati jamuan nasi jagung berlaukkan daging kambing, ayam dan itik. Haiwan-haiwan tersebut telah disembelih sendiri oleh pelajar Islam lepas PMR sempena PROGRAM AMALI MENYEMBELIH TERNAKAN yang telah dijalankan pada hari Khamis. Kumpulan pelajar ini juga telah memasak lauk-lauk tersebut dengan kerjasama pihak kantin.

Semoga program tersebut mendapat kebarkatan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T. ... Aminnn !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan