PROJEK TAMAN HERBA 2


Bermula pada 2 -6.11.2009 usaha membaikpulih Taman Herba Beraroma Lot Ke-2 telah dijalankan dengan agresif yang disertai oleh 8 orang Pembantu Makmal dan seorang Pekerja Swasta

Tumpuan kerja diberikan dengan membuka pagar lama dan mencabut tiang pagar kayu yang telah reput, dan membuang ke tapak pelupusan. Kemudian menjalankan kerja-kerja membugar dan membuang batu-batu yang tersembul dan bersepah di dalam kawasan Taman Herba. Seterusnya membuka atap genting yang telah pecah, merobohkan pintu gerbang yang reput dan akhirnya membuang atap genting dan kayu pintu gerbang tersebut. Kerja-kerja seterusnya ialah membersihkan kawasan, menajak rumput, memerun dan meratakan tanah. Akhir sekali menjalankan kerja-kerja menanam pokok herba. Tugas yang paling berat sekali ialah manjalankan kerja-kerja membuang batu, kayu, atap genting dan membuang dahan pokok ke belumbongan. Tugas ini menyebabkan team keceriaan surrender dan berasa putus asa kerana terpaksa mengangkut bahan buangan lebih kurang 50 kereta sorong. Bayangkan betapa teruk dan berat kerja tersebut

KEWANGAN : Dalam menjayakan ini, penulis telah menghabiskan duit poket sendiri sebanyak : 10 orang pekerja X RM 4.00 X 10 hari = RM 400.00 Itu belum lagi belanja mineral water. Dijangka apabila siap sepenuhnya penulis akan menghabiskan duit poket sendiri sebanyak RM 500.00 ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan