BERGAMBAR K3 & PENGARAH




Kami cukup berbangga bila dapat bergambar dengan Tuan Haji Abdul Ghani bin Ishak - Pengarah IAB Utara. Beliau sememangnya sebok dengan pelbagai urusan peringkat tertinggi dan kelapangan yang beliau berikan untuk bersama K3 kami anggap sungguh bernilai. Selain bergambar, beliau juga sempat memberikan kuliah : Pengurusan dan Kepimpinan Menurut Perspektif Islam. Beliau juga sempat menceritakan pengalaman beliau semasa membuat lawatan ke Sarajevo / Bosnia. Beliau menayangkan video dan gambar yang beliau ambil semasa di sana. Walaupun dalam keadaan darurat peperangan namun warga bosnia tetap menekankan aspen pendidikan anak-anak. Sekali lagi beliau melihat pendidikan menjadi elemen yang sangat penting dan menjadi alat untuk memacu dan menjana kekuatan umat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan