LAWATAN RUMAH MISKIN TEGAR
















Acara yang dinanti2kan ialah mengunjungi rumah penduduk yang miskin tegar untuk menyampaikan sumbangan berupa beras, minyak masak, susu, gula dan sedikit sumbangan kewangan. Peserta dipecahkan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 peserta NPQEL. Terdapat 30 buah rumah yang telah ditetapkan oleh pihak JKKK Lubuk Labi. Bergerak menaiki kereta dari satu rumah ke rumah yang lain. Penulis berada dalam kumpulan 3 bersama Sdr. Mokhtar, Sdr. Nik Zaidi dan Sdri. Aliza. Kumpulan ini bertuah kerana daripada 5 buah rumah - YB Dato' telah bersama kami untuk menyampaikan sumbangan di 3 buah rumah. Sudah pasti rombongan YB Dato' lebih meriah. Penulis berasa insaf di atas kedaifan penduduk kampung yang kami lawati. Pergerakan kami berakhir pada jam 11.45 pagi dan kami berkumpul semula ke surau Lubuk Labi untuk makan tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan