MENCERIAKAN PONDOK POK TEH
















Sebaik tiba di Pondok Pak Teh .. kami berpecah mengikut group untuk menjalankan projek keceriaan. Di antara projek yang kami jalankan ialah : mengecat semula madrasah, membugar dan meratakan tanah di pintu masuk, mengecat pagar, membuang sawang dan mengemop lantai surau, membersihkan tandas, membersihkan carpet dan sajadah, mengelap cermin dan sebagainya. Sambil membersihkan kawasan, kami sempat beramah mesra dengab Pak Teh yang sentiasa melambaikan tangan dan melemparkann senyuman serta berlegar ditempat kami menjalankan kerja.

Dalam pada menjalankan projek ini, penulis merasa terharu dengan komitment yang ditunjukkan oleh 2 orang rakan kita : Sdr. Rajendran dan Sdr. Vijay kerana walaupun mereka non-muslim tetapi mereka telah menunjukkan semangat setiakawan dan semangar kerja berpasukan atau lebih tepat lagi mereka telah menyahut seruan 1 MALAYSIA. Merekalah yang telah bersungguh2 mengecat madrasah walaupun dalam cuaca panas membahang. Syabas dan tahniah !!! ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan