CUTI 9 HARI : 28.5 - 5.6.2010




CUTI 9 HARI : 28.5 – 5.6.2010 … memberi peluang peserta NPQEL berehat secukupnya. Cuti diberikan sebab semua pensyarah IAB satu negara akan berkampung di IAB Induk, Genting Highlands mengadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pas ni peserta NPQEL jangan dok sebut2 nak cuti alasan anak demam la, suami sakit telinga la, pak mentua darah tinggi la, mak mentua kencing manis la, nenek sakit jantung la …

Penulis menggunakan masa 9 hari ini dengan membuat ulangkaji kuliah yang lepas2 (chewahhh … macam iyorr jer ... ), tak de laa … sebenornya kawan gian nak naik motor beso Virago 535 cc … kawan nak menziarahi saudara mara dan kekawan lama naik motor ni lahh ...

MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG

























28.5.2010 (Jumaat) :

Hanya kami ber-5 yang masih tinggal. Yang lain dah balik ke destinasi masing-masing. K3 dapat cuti rehat 9 hari penuh. Penulis balik menumpang kereta Honda Civic Sdri. Faridah sampai Taiping, kemudian tumpang Honda CRV Sdri. Norbani sampai Cheras, pastu penulis balik JB naik bas melalui Terminal Bukit Jalil. Laju benor Sdri. Norbani mandu CRVnya, macam nak domam kawee dibueknyer. Sdri. Faridah plak memandu dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Sungguh berhemah. Kawan tidok lena bila naik kete Fidah.

Nak jadi cerita, konvoi 2 kereta singgah di Muzium Maharaja Lela di Larut, kemudian makan tengahari di Kuala Sepetang. Phewww !!! Kami pekena Mee Udang Mak Jah Special … memang sedap dan menyelerakan, kena pulak dengan ABC kaw kaw ... Udang besaq 10 ekoq satu mangkuk … Mee udang Mak Jah sangat terkenal dan menjadi sebutan seantero pelusuk tanah air. Pernah masuk TV3 dalam program Jalan-Jalan Cari Makan. Opsss … satu mangkuk besaq Mee Udang Special = RM 12.00

KUALA PERLIS - KERANG REBUS












Pulak dahhhh !!!! Tak puas dengan minum cendol pulut, Sdri. Rosmawati dan Sdri. Faridah mengajak penulis makan2 di Kuala Perlis. Penulis ok sahaja. Jam 6.45 pm kami tiba di deretan gerai seafood. Ini kali ke-2 penulis sampai, hari tu dengan Sdr. Azman. Depa order ABC kaw kaw, fresh orange, laksa perlih, sotong goreng butter, kerang rebuh cecah sambal dan nasi goreng ikan masin. Kami sempat menyaksikan matahari terbenam … begitu romantik, dramatik dan menakjubkan. Cantik sesangat.

DUTY FREE BUKIT KAYU HITAM











27.5.2010 (Khamis – 4.00 ptg) : Hari ini kuliah separuh hari dan selepas menjalani praktikal makan beradab di RKGC, sebahagian besar kekawan kita dah bertolak balik ke rumah masing2 untuk bercuti sakan selama 9 hari. Namun penulis dan beberapa rakan yang lain menangguhkan balik sehingga esok pagi. Petang tu jam 4.00 ptg., Sdri. Rosmawati dan Sdri. Faridah mengajak penulis menemankan depa ke Bukit Kayu Hitam … Penulis mengesyorkan depa singgah di JO Cendol Pulut (kawee dah pekena cendoi dengan Sdr. Azman hari tu noo) … woww kena kencing manis la demo niii … Pas tu kami g zon bebas cukai dan ternyata benar firasat penulis, depa berdua tak cukup tangan beli itu beli ini nak bawa balik rumah sampai penulis membantu memunggah barang depa masuk boot kereta Honda Civic Special Edition BKP 4317 Sdri. Faridah a.k.a Ferra … Iyorrr lah tuuu …

PRAKTIS MAKAN BERADAP DI RKGC















27.5.2010 … Setelah menjalani kuliah etika majlis makan rasmi di sebelah pagi, kami bergerak ke Royal Kedah Golf Club pada jam 12.00 tgh untuk menjalani praktikal makan beradab. Kami dikenakan bayaran RM 50 / head untuk menikmati menu masakan Inggeris origional recepie namun kami rasa amat berbaloi dan puas hati sangat. Kami banyak mendapat tips daripada waiter profesional yang dah biasa melayan VVIP seperti KDYAM Sultan Kedah dan YAB Perdana Menteri. Kumpulan meja kami ditunjukkan cara duduk yang betul, macamana nak makan dan minum dengan penuh beradap, bagaimana guna sudu, garfu, pisau, napkin dan bermacam alatan, juga diajar macamana nak kontrol mancho masa makan walaupun termakan cili api … hehehe … dan banyak lagi.

Ada peristiwa lucu semasa menjalani praktikal makan beradap … ada kawan kita tersenggol roti sehingga jatuh ke lantai, ada juga kawan kita yang terjatuh cermin mata dalam bubur sop gara2tunduk kesedapan menghirup sop cendawan. Ada juga kawan kita yang menumpahkan sos gara2 terlalu ghairah nak makan sangat. Ada juga yang tersalah sangka ingatkan dihidangkan mee goreng, rupanya spaghetti goreng. Ada juga kawan kita secara diam2 mencampakkan tulang di bawah meja dan macam2 kerenah lagi. Maklumlah kami orang darat yang tak biasa makan macam tu … Pada mulanya kami makan dengan bunyi berdenting berlaga sudu, garfu dan pinggan, tapi akhirnya bila ditunjuk cara yang betul, meja kami menjadi sunyi, damai dan harmonis. Walau bagaimanapun kumpulan meja kami yang dihidangkan dengan menu Inggeris terasa amat seronok berbanding 2 kumpulan meja yang lain yang hanya memilih menu Melayu sambal kicap simple sahaja, bukan apa – depa tak nak keluaq duit sekupang nooo …