PRAKTIS MAKAN BERADAP DI RKGC















27.5.2010 … Setelah menjalani kuliah etika majlis makan rasmi di sebelah pagi, kami bergerak ke Royal Kedah Golf Club pada jam 12.00 tgh untuk menjalani praktikal makan beradab. Kami dikenakan bayaran RM 50 / head untuk menikmati menu masakan Inggeris origional recepie namun kami rasa amat berbaloi dan puas hati sangat. Kami banyak mendapat tips daripada waiter profesional yang dah biasa melayan VVIP seperti KDYAM Sultan Kedah dan YAB Perdana Menteri. Kumpulan meja kami ditunjukkan cara duduk yang betul, macamana nak makan dan minum dengan penuh beradap, bagaimana guna sudu, garfu, pisau, napkin dan bermacam alatan, juga diajar macamana nak kontrol mancho masa makan walaupun termakan cili api … hehehe … dan banyak lagi.

Ada peristiwa lucu semasa menjalani praktikal makan beradap … ada kawan kita tersenggol roti sehingga jatuh ke lantai, ada juga kawan kita yang terjatuh cermin mata dalam bubur sop gara2tunduk kesedapan menghirup sop cendawan. Ada juga kawan kita yang menumpahkan sos gara2 terlalu ghairah nak makan sangat. Ada juga yang tersalah sangka ingatkan dihidangkan mee goreng, rupanya spaghetti goreng. Ada juga kawan kita secara diam2 mencampakkan tulang di bawah meja dan macam2 kerenah lagi. Maklumlah kami orang darat yang tak biasa makan macam tu … Pada mulanya kami makan dengan bunyi berdenting berlaga sudu, garfu dan pinggan, tapi akhirnya bila ditunjuk cara yang betul, meja kami menjadi sunyi, damai dan harmonis. Walau bagaimanapun kumpulan meja kami yang dihidangkan dengan menu Inggeris terasa amat seronok berbanding 2 kumpulan meja yang lain yang hanya memilih menu Melayu sambal kicap simple sahaja, bukan apa – depa tak nak keluaq duit sekupang nooo …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan