RAWATAN KECANTIKKAN










Kuliah yang paling menarik dan ditunggu-tunggu ialah berkenaan penampilan diri. Pensyarah tidak banyak berteori tetapi peserta membuat amali berkenaan perawatan wajah. Memang betul apa yang disampaikan … selain pakaian yang kemas dan menarik, seorang pegawai kerajaan hendaklah memiliki penampilan wajah yang bagus dan menyakinkan. Kali ini peserta didedahkan bagaimana untuk menjaga kulit muka, penjagaan bibir, mata, hidung, telinga, misai, janggut, bulu mata, kening, kuku dan sebagainya. Kelas menjadi riuh rendah dengan adegan-adegan yang melucukan. Selama ini penulis tidak pernah membuat rawatan wajah tetapi apabila dibelai oleh Sdr. Anuar … ternyata wajah penulis berubah menjadi sejuk sesiapa yang memandang … hahahaha …

Elaun Khidmat Awam yang dibayar oleh kerajaan bukan untuk membayar pinjaman kereta tetapi hendaklah digunakan untuk tujuan seumpama rawatan kecantikkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan