DOA KESYUKURAN DI RUMAH ALIZA















19.5.2010 … Dengan rasa rendah diri, kami K3 mengucapkan terima kasih di atas undangan Sdri. Aliza binti Mohd Ali dan suami - En. Jasni untuk menghadiri Majlis Doa Kesyukuran dan Dinner di rumah beliau di Rawang. Memang hebat, rumah corner lot Sdri. Aliza bagaikan Istana Hinggap yang cantik dan menawan, siap dengan kolam ikan lagi. Kami terpegun. Lebih terpegun bila masuk ke dalam rumah. Koleksi cenderamata mewah dari luar negara berada di mana-mana sudut rumah beliau. Wowww … memang hebat.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diketuai oleh Tuan Haji Yunus K3 dan bacaan Yassin serta doa selamat / doa kesyukuran, diikuti dengan majlis makan malam. Pehhh !!! … memang kaw … kaw … Sdri. Aliza sendiri yang memasak. Selain nasi baryani, juga dihidangkan dengan Laksa Penang. Tak cukup dengan itu … ada rojak buah lagi. Minuman eksotik buah rosella yang sejuk begitu menyegarkan. Bukan setakat makan .. malah dapat tapaw masa balik.

Kami K3 juga mengucapkan terima kasih kepada En. Jasni … Beliau adalah bekas pengulas sukan TV3 yang terkenal dan sekarang menjalankan perniagaan sendiri. Beliau akan ke Afrika Selatan untuk menjadi pengulas sukan bebas pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia. (En. Jasni … kami nak kirim jersi Brazil … boleh tak ? Saiz L tau) … Kami juga bersyukur kerana beliau akan membantu K3 menjalankan Projek Khidmat Masyarakat di Jitra nanti. Hubungan akrab beliau dengan YB di sana memudahkan urusan projek kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan