LAKSA BERAS ASLI KUALA KEDAH
25.5.2010 … Sekali lagi penulis menemankan Sdr. Azman mencari pakcik & makcik angkatnya yang dah 20 tahun tidak diketahui khabar berita di Kuala Kedah. Berdasarkan ingatannya, kami menyelusuri Kota Kuala Kedah, kampung, sungai, lorong dan rumah demi rumah dengan bertanyakan setiap orang yang kami jumpa. Akhirnya rumah pakcik angkat Sdr. Azman ditemui. Maka berderailah air mata kerinduan dan mereka saling berpelukan. Sadisss … Penulis hampir menitiskan air mata. Pakcik angkat Sdr. Azman sudah tua dan baru pulih dari serangan angin akhmar. Penulis juga amat bertuah kerana dapat berkenalan dengan seorang pakcik, jiran kepada pakcik angkat tadi. Beliau adalah bekas tahanan ISA selama 2 tahun kerana isu politik. Penulis mengambil iktibar dari kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan Sdr. Azman dan ketabahan pakcik yang ditahan ISA itu.
Selepas 2-3 jam berada di rumah pakcik angkat Sdr. Azman, kami minta diri dan terus menuju ke tepi laut di Kuala Kedah … apa lagi … cari kedai makan la nooo. Kami makan dan terus makan … yuppp makan laksa beras asli 100% … wowww menyelerakan, ditambah dengan hidangan satay kambing gurun Kedah dan teloq rebus Kuala Kedah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan