SELAMAT TINGGAL IAB






Dengan perasaan bercampur baur … ahli K3 meratapi perpisahan dengan IAB Induk Genting Highlands tetapi terus teruja ingin berhijrah ke IAB Jitra. Pelbagai cerita telah dikhabarkan oleh K1 dan K2 mengenai apa yang ada di Jitra. Menurut mereka perjalanan kuliah adalah seperti biasa … tiada apa yang kurang dan tiada apa yang lebih tetapi geng K1&K2 berjaya mempromosikan bahawa makanan di Jitra sungguh enak, lazat, fresh, tradisional dan begitu murah sekali. Sesiapa yang kaki makan … Jitra adalah syurga makanan. Sesiapa di kalangan ahli K3 yang teringin merasa minum air daun ketum, di sana mudah didapati. Masing2 juga sudah pasang angan-angan untuk mengambil peluang melancong ke Langkawi, Bukit Kayu Hitam ... malah ada yang dah siapkan passport untuk menyeberang sempadan mencari ketenangan di sana … agakanya laaa …

Opsss lupa ... K3 akan berada di IAB Jitra mulai : 22.5.2010 - 18.6.2010 ... sebulan tu bebbb ... Boleh tahan ke???

1 ulasan:

  1. Selamat meneruskan perjuangan di IAB Jitra buat Ckg Ismail & kawan2. Mudah2an segalanya berjalan lancar di sana... Take Care!!

    BalasPadam