BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH


Majlis Berbuka Puasa bersama Yg. Bhg. Dr. Khair bin Mohamad Yusof - Pengarah IAB telah diadakan pada 24.8.2009 di Dewan Makan, Asrama Induk. Selain peserta NPQEL, majlis berbuka puasa turut disertai oleh para pensyarah dan staf IAB. Tuan Pengarah telah memberikan ucapan bagaimana ibadah puasa itu sendiri mengajar kaum muslimin untuk terus lebih produktif dan proaktif, bersesuaian dengan sirah nabawi yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW terus berjuang / berjihad menegakkan syiar Islam walaupun dalam bulan Ramadan.

Sebagai makluman :
Majlis Berbuka Puasa kali ini diorganisasikan oleh Kumpulan 3 ... Tahniah Kumpulan 3 ... Tahniah juga kepada Sdri Norjah Yusop kerana berjaya mengorganisasikan majlis ini. Kumpulan 3 memang hebat ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan