EN. ISMAIL UDOH




En. Ismail bin Udoh …

Pada pandangan saya (setakat ini), En. Ismail bin Udoh – Pensyarah Kewangan Sekolah merupakan tenaga pengajar kami yang paling dikenali dan paling glamour sekali. Penyampaian dan komunikasi beliau dengan peserta NPQEL dalam dewan kuliah yang besar begitu menyeronokkan dan penerangannya sangat jelas serta mudah difahami. Beliau suka membuat jenaka menyebabkan peserta tidak kering gusi dan tidak mengantuk. Mangsa gurauan dan usikan beliau ialah Michelle … Pernah dalam kuliah yang lalu Michelle "bertikam lidah" dengan beliau … tetapi dengan penuh kesabaran, beliau mengambil pendekatan psikologi dan akhirnya nama Michelle lekat dibibirnya. Berdasarkan dari pengakuan beliau, beliau dikatakan mempunyai dua isteri …

Nasihat beliau : Jangan main-main dengan urusan kewangan sekolah. Sedikit kesilapan boleh menyebabkan Pengetua hilang kelayakan naik gred dan boleh masuk penjara …

Saya meletakkan rating : 5 star

Tiada ulasan:

Catat Ulasan