PERNYATAAN PERMOHONAN MAAF KEPADA PIHAK IAB

PERNYATAAN PERMOHONAN MAAF
KEPADA PIHAK IAB


Adalah saya : ISMAIL BIN MD YATIM – Peserta NPQEL 2/2009, juga moderator blog http://npqel22009iab.blogspot.com/ dengan penuh takzim dan keinsafan memohon ampun dan maaf di atas tindakan yang menyalahi peraturan-peraturan IAB. Penyiaran gambar berkenaan dan penulisan yang dikatakan menyinggung pihak IAB adalah sesuatu yang terlepas pandang, tidak disangka dan tidak sebegitu maksudnya.

Sekali lagi permohonan maaf dilafazkan dan saya berjanji tidak akan mengulangi penulisan dan penyiaran gambar yang boleh menyalahi peraturan IAB. Gambar dan penulisan berkenaan telah pun dipadam serta merta. Walau bagaimanapun saya berterima kasih di atas galakkan Tuan Pengarah IAB untuk meneruskan penulisan blog tersebut sebagai catatan aktiviti kumpulan 3 selagi ianya tidak menyalahi dasar IAB yang digariskan.

Sekian, terima kasih.

ISMAIL BIN MD YATIM
NPQEL 2/2009
29.8.2009

NOTA :
Kepada sahabat2 Kumpulan 3 yang dikasihi ...
Mungkin sahabat2 tertanya-tanya ... ehhh kenapa ni ? ehh ... apa yang berlaku ? ehh ... apa dah jadi ? Jangan panik ... saya akan terangkan secara lisan bila kita jumpa nanti supaya tidak timbul spekulasi, prasangka dan andaian yang tidak betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan