SATAY SAMURI
























































Pada 10 Ogos 2009 (Isnin : 6.30 - 10.00 mlm), ahli Kumpulan 3 telah mengadakan Jamuan Makan Malam 1Malaysia dan Sambutan Hari Jadi bertempat di Restoren Samuri, Taman Melati, Gombak. Ahli kumpulan kami dihidangkan Satay Samuri selain makanan & minuman eksotik yang lain. Acara memotong Kek Hari Jadi juga telah diadakan. Kumpulan 3 mengucapkan terima kasih kepada Saudari Norbani Bt. Baba kerana secara peribadi, beliau telah menghadiahkan kepada 10 ahli Kumpulan 3 yang lahir pada bulan Januari hingga Julai 2008. Hadiah peribadi sumbangan Sdri Norbani bukan calang-calang. Si lelaki dapat hadiah tali leher berjenama Gucci dan si wanita menerima kerongsong bersalut emas dan permata. Dianggarkan Sdri Norbani menghabiskan wang peribadi sebanyak RM 500 untuk tujuan hadiah tersebut. Terima kasih Sdri Norbani ... Kami mendoakan Sdri Norbani sentiasa sihat walafiat dan panjang umur ... Kami tahu, Sdri Norbani sememangnya seorang yang pemurah dan sentiasa murah rezeki.

2 ulasan:

  1. Aslkm ckgu.Yg diraikan ialah seramai 14 orang yang lahir dari bulan Jan hingga Ogos termasuk ckgu sendiri tapi ckgu x dtg.
    Jgn kira harganya, tapi harpan agar kelima belas tali leher dan 9 brooch akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama jiwa bakal pemimpin-pemimpin ini yang akan mengamal distributive leadership.

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas pembetulan tsbt ...
    Maaf ... saya tak datang sbb ada urusan keluarga di KL. Lain kali saya akan pastikan hadir sebab bab makan satay memang kegemaran saya ...

    BalasPadam