COMPLETE SET GOLF - DARI SDR. AZMAN




Sekali lagi penulis ingin menukilkan di sini mengenai baik budinya sahabat yang sentiasa berada di sisi penulis baik waktu senang, waktu susah, sakit dan ketawa. Selepas peperiksaan, Sdr. Azman telah menghadiahkan complete set kayu golf kepada penulis ... Harga masa dia beli 2 tahun lepas ialah RM 2,000. Carilah mana-mana sahabat tuan / puan yang sanggup menghadiahkan barang kesayangannya kepada seorang sahabat ... Nahhh ... sekarang penulis bertambah yakin, Sdr. Azman adalah sebenar2 sahabat di kalangan sahabat. hahahaha ...

PEPERIKSAAN FASA BERTERUSAN














Pada 29.6.2010 (Selasa : 9.00 - 10.15 pagi) seluruh warga NPQEL Kohort 2/2009 telah menjalani Peperiksaan Fasa Berterusan dengan jayanya. Dengan berakhirnya peperiksaan ini maka berakhirlah tempoh kami menjalankan Kursus NPQEL untuk tempoh setahun. Kami akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 1.7.2010 (Khamis). Walau bagaimanapun sebahagian daripada kami akan meneruskan kursus di peringkat Master di UM dan sebahagian lagi akan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di UPSI.

Secara keseluruhannya ... kami berterima kasih kepada semua pihak khususnya KPM dan IAB kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menimba ilmu dan pengetahuan dalam bidang pengurusan pendidikan untuk tempoh setahun.

Kami berjanji akan memenafaatkan pengetahuan yang diberikan sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Nama baik KPM, IAB, NPQEL, Sekolah dan setiap diri peserta NPQEL akan kami pertahan dan pertingkatkan.


NOTA :
Gambar yang penulis ambil dan upload dalam blog ini adalah di luar tempoh masa peperiksaan. Semoga tidak ada apa-apa masalah berbangkit.

IBU FARIDAH K3 - DALAM KENANGAN







AL-FATIHAH ... Pada 27.6.2010 (Ahad) penulis telah mendapat sms dari kawan2 menyatakan ibu Sdri. Faridah binti A Rahman telah meninggal dunia. Kami sebagai sahabat rapat beliau sepanjang setahun kami berkursus NPQEL amat terperanjat kerana selama ini beliau tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai ibu beliau. Kepada Sdri. Faridah ... kami tumpang berdukacita dan mengucapkan takziah. Kami mendoakan roh allahyarhamah ibu Sdri. Faridah sentiasa mendapat rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T. ... Aminnn ...

AYAH ZAHIZAN K4 - DALAM KENANGAN













ALFATIHAH ... Ayahnda Sdri. Zahizan binti Hasrin telah kembali ke rahmatullah pada 25.6.2010 (Jumaat : 10.00 malam). Berita ini agak mengejutkan kerana Allahyarham tidaklah sakit teruk sangat, sekadar sakit dada dan batuk2 sahaja. Walau bagaimanapun beliau beberapa kali di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Penulis menziarahi ayah Zahizan semasa di Pakar Puteri dan memasukkan sedikit coretan dan gambar ke dalam blog ini.

Penulis telah sempat bersama ahli kariah mengkebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Taman Pulai Indah.

Kepada Sdri. Zahizan ... harap bersabar. Allah S.W.T. lebih sayangkan ayah sdri. dan kami mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin.

SAYONARA IAB JITRA













Dengan perasaan bercampur baur ... penulis sayu hati meninggalkan IAB Jitra yang penuh dengan kenangan. Walau bagaimanapun penulis akur - tempoh sebulan sudah mencukupi. Pada 25.6.2010 (Jumaat : 8.30 pagi) penulis bertolak balik ke JB bersama Sdr. Azman. Beliau balik sampai Melaka. Sepanjang perjalanan kami bercerita mengenai IAB Jitra yang penuh nostalgia. Ada yang lawak, ada yang lucu serta ada juga yang menyedihkan. Walau bagaimanapun, kami masing2 berazam, selepas ini kalau pun kami tidak menjadi Pengetua, kami ingin menjadi contoh yang baik dan terpuji kepada rakan2 di sekolah. Maklumlah kami telah dilatih secara profesional untuk menjadi pemimpin pendidikan yang berintegriti. Minggu depan hari Selasa ... kami akan berkumpul sehari untuk menghadapi peperiksaan di IAB Genting.

Perjalanan balik Jitra - JB ... sejauh 780 km = 10 jam ...
Tol = RM 80.00 Minyak = RM 100.00

Sayonara IAB Jitra ...

GENG POMPUAN KE LANGKAWI





Perempuan tetap perempuan ... Jiwa shopping tetap membara walau pun sewajarnya mereka balik menemui suami tercinta dan anak-anak tersayang. Tetapi tidak bagi wanita NPQEL K3 hari ini. Mereka terus menyeberangi lautan bergelora menuju Langkawi walhal semalam sepetang suntuk mereka shopping di Padang Besar. Entah apa lagi yang nak dibeli di sana. Oooo nak beli periuk besar ya ? atau nak beli lembek banyak2 ? ... hahahaha ...

KENDURI DURIAN DI DARUL AMAN








Untuk menghabiskan baki duit tabung K3 yang tinggal beberapa ratus, kami pergi ke Pasar Malam di Tanah Merah, Bandar Darul Aman ... Wowww !!! durian runtuh - murah bebbb !!! So K3 pun berpesta durian. Tak cukup makan di sana, kami bungkus bawa balik makan di asrama. Entah apa nak jadi dengan K3 ... asyik makan ... makan ... makan ... Depa dah lupa hari Selasa depan ada exam ... Mereka juga lupa : kencing manis, darah tinggi, migrain, gout, atritis sedang menunggu ...