KHIDMAT MASYARAKAT - KUALA NERANG
K3 telah menjalankan Projek Khidmat Masyarakat sebagai satu prasyarat kursus NPQEL selama 2 hari : 18 & 19 Jun 2010 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Kg. Lubuk Labi, Kuala Nerang. Agak jauh juga dari Jitra ... 1 jam perjalanan naik bas IAB. Sesampainya K3 di Surau Kampung Lubuk Labi, kami disambut oleh penduduk kampung. Kelihatan kaum ibu sedang sebok menyediakan sarapan pagi dan selepas bersembang dengan warga tempatan, kami K3 dihidangkan sarapan dengan menu nasi lemak Lubuk Labi. Sedap dan lembut nasi lemak tu. Kedatangan YB Dato' Syed Sobri agak lambat sedikit tetapi sebaik YB tiba, majlis terus dimulakan. Masih teringat bagaimana ucapan YB Dato' Syed Sobri yang mengajak semua warga pendidikan termasuk NPQEL supaya terus mengembeling tenaga membangunkan negara. YB amat yakin pendidikan merupakan wadah yang paling berkesan untuk memajukan negara bangsa. Setelah selesai sesi ucapan, peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan mula bergerak menuju ke rumah penduduk miskin untuk menyampaikan sumbangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan