WORLD CUP LUBUK LABI
Inilah saat yang ditunggu-tunggu : Bermain bola sepak dengan memakai kain sarung. Semangat World Cup begitu membara. Pasukan Lubuk Labi membariskan pasukan jaguh kampung manakala pasukan NPQEL membariskan mereka yang over age, bukan setakat over age tapi mereka yang ada kencing manis, darah tinggi, gout, atritis, semput, migrain, sakit kepala, sakit otot dan bermacam2 penyakit. Namun begitu perlawanan tetap sengit dan berakhir pasukan Lubuk Labi menang 2-1 menewaskan pasukan NPQEL yang dah 20 tahun tak tendang bola. Kami bangga dengan Tuan Haji Ismail - Pengurus K3 kerana turut bermain. Juga Sdr. Ibrahim Yajid - walaupun kelihatan veteran tetapi rupa2nya masih kuat dan bertenaga. Juga kepada Tuan Haji Azman Mohd Dum - walau pun terhencut2 menahan atritis tapi masih boleh berlari mengejar bola. Manakala kaum perempuan pula bersorak lucu memberi sokongan dari luar padang. Pada keseluruhannya perlawanan ini amat menyeronokkan, menghiburkan dan mampu mengeratkan silaturrahim.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan