KHIDMAT MASYARAKAT HARI KE-2
Semalam kami menjalankan Program Khidmat Masyarakat di Kg. Lubuk Labi tetapi untuk hari ke-2 ini kami menjalankan Program Khidmat Masyarakat di Pondok Pak Teh ... bersebelahan dengan Maktab Mahmud, Padang Terap. Pondok ini dimiliki oleh Tuan Haji ..... (lupa nama daaa) yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Teh. Pada masa mudanya beliau pernah tinggal di Mekah selama 10 tahun ... kemudian beliau balik mendirikan Maktab Mahmud. Tetapi sejak 5 tahuh lepas, Pok Teh telah menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir urus. Jadi, Pok Teh hanya mengurus pondok dan madrasah yang sedia untuk beliau mengajar pengajian Islam kepada penghuni pondok dan masyarakat setempat. Ada lebih 130 penghuni pondok yang terdiri dari warga emas. Usaha murni Pok Teh ini sewajarnya dihargai dan mohon kepada Allah S.W.T. untuk memberi rahmat kepada Pok Teh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan