BOLING - JITRA MALL
















Setelah memasuki 3 siri grand slam boling sepanjang kursus NPQEL selama setahun, maka siri ke-4 di Jitra Mall adalah penentu siapa juara sebenarnya. Yang ini muktamad. Tak ada cerita papan lorong lekak lekuk la, bola boling tak bulat la atau apa sahaja alasan. So pada 23.6.2010 (Rabu : 8.00 malam) semua pemain K3 turun gelanggang untuk mencuba kebolehan. Walau bagaimanapun, telah menjadi suratan takdir atau kebetulan ... Sdr. Anuar telah muncul menjadi jagoan boling NPQEL 3. Manakala Sdri. Senah pula menjadi ratu boling. Kumpulan paling mantop pula adalah gandingan Sdr. Rajendran, Sdri Faridah dan penulis sendiri. Ini yang muktamad. Ternyata gelanggang boling mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan