KAUNSELING KELOMPOK K3 YANG BERJAYA





















EN. ALI BIN HAMID ... atau lebih dikenali dengan panggilan PAK ALI telah menjalankan sesi kaunseling berkelompok kepada 12 ahli K3 dengan disaksikan oleh ahli yang lain. Pada mulanya sesi ini dijalankan dengan nada yang agak tidak konsisten tetapi bila masuk 15-20 minit, baru terasa sesi keunseling ini agak terkesan perjalanannya. Bermula dengan Sdr. Mazlan ... beliau memulakan bicara dengan begitu sadis. Rupa2nya ada kawan kita yang sama sadisnya dengan sdr. Mazlan. Suasana tiba2 menjadi hening, tidak pernah penulis merasai suasana yang sangat dramatik sepanjang berada di IAB Utara. Masing2 memasang telinga dengan teliti. Masing2 merenung mata ke arah Sdri. Qusayla. Pak Ali membiarkan sahaja Sdri. Qusayla meluahkan apa sahaja yang terpendam selama ini di lubuk hati nuraninya. Selepas itu seorang demi seorang peserta mula berani membuka bicara tentang warna kehidupannya. Diikuti oleh Sdri. Nurhanisah. Air mata yang tertumpah sudah tidak mampu dibendung lagi. Hanya membiarkan sahaja mengalir deras dalam keterpaksaan. Sesi kaunseling berkelompoh terpaksa dihentikan kerana waktu sudah menanda nombor 5. Kaunseling kelompok ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan