KECERGASAN EKSEKUTIF - PN. TEOH
Suatu yang dinanti-nantikan oleh K3 iaitu kelas Kecergasan Eksekutif. Pada 17.6.2010 K3 didedahkan mengenai kecergasan dan amalan pemakanan yang betul oleh Puan Teoh Hong Kean - Pensyarah Kanan IAB Utara. Beliau sememangnya pakar dan berpengalaman luas dalam bidang sains sukan dan pemakanan. Setelah berteori mengenai amalan kecergasan pada sebelah pagi ... maka pada sebelah petang, Puan Teoh telah menunjuk cara dan menunjuk kaedah mengenai amalan kecergasan fizikal. Soalan yang popular ialah : bagaimana cara untuk kuruskan badan, termasuk bagaimana nak kempiskan perut ... hahahaha. JAWAPAN tepat telah diberikan oleh Puan Teoh, tinggal peserta K3samada nak amalkan atau tidak.
Sekadar ingatan, Puan Teoh memberikan maksud cergas. Kalau seseorang itu mempunyai 4 ciri berikut, orang tersebut boleh dikategorikan sebagai cergas :
1. Boleh membuat tugasan / kerja harian dengan senang hati
2. Boleh membuat kerja tanpa kelesuan
3. Mampu beriadah
4. Mampu menghadapi kecemasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan