KERIS KUALA KANGSAR






Di antara hobi penulis ialah mengumpulkan senjata lama orang Melayu, khususnya keris. Selama ini juga penulis tercari2 di mana boleh jumpa pembuat keris yang hebat. Secara tidak sengaja, penulis telah terjumpa seorang pakcik berusia 60 tahun yang berkerja membuat keris sepenuh masa sejak berumur 10 tahun lagi. Beliau membuat keris secara tradisional. Beliau juga menerima tempahan keris dari Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Sultan Berunai. Oleh kerana harga sebuah keris terlalu mahal - paling murah RM 500, penulis hanya menempah Parang Lading 2 bilah sebagai ingatan yang penulis telah tamat Silat Cekak Hanafi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan