NGETEH BERSAMA 5 PENGETUA KULAI







Sesuatu yang amat bermakna apabila penulis bersama Sdri. Zahizan telah berjumpa dengan 5 orang pengetua dari Daerah Kulai. Pengetua-pengetua tersebut menghadiri kursus selama 5 hari di IAB.
Pada 27.4.2010 (Selasa : 8.30 pm) penulis dan Sdri. Zahizan telah dipelawa oleh Cik Chan Mei Leng – Pengetua Kanan SMK Indahpura dan Datin Hajah Hasnah – Pengetua Cemerlang SMK Kelapa sawit untuk minum teh tarik di Awana Resort. Turut hadir sama dalam sesi tersebut ialah Pn. Chong - Pengetua Kanan SMKSI, Pn. Hajah Zubaidah – Pengetua Kanan SMKKB dan En. Chua - Pengetua Kanan SMKKP.
Secara basik, aktiviti mengeteh bersama 5 orang pengetua mampu mengeratkan hubungan silaturrahim namun secara langsung telah memberi kefahaman tentang program NPQEL khususnya dari segi objektif, matlamat dan program yang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan