KENDURI RUMAH PN. NORJAH











K3 yang terkenal dengan aktiviti makan-makan, kali ini telah menerima undangan daripada Sdri. Norjah binti Yusop pada 13.5.2010. Beliau telah mengadakan majlis bacaan doa kesyukuran dan bacaan Yassin dengan menjemput khusus ahli K3. Rumah beliau di Puchong Perdana yang tersergam indah telah mengamit perasaan ahli K3. Memang cantik rumah beliau … ala-ala Istanbul gayanya gitu. Untuk pengetahuan, konvoi 7 buah kereta tersangkut dalam kesesakkan di MRR2 selama 3 jam, pada mulanya mengundang panas baran K3 tetapi apabila sampai dan menikmati hidangan masakan Sdri. Norjah … sikap berang hilang serta merta. Dengan hidangan yang pelbagai tetapi killer menu yang menjadi tagihan K3 iaitu siput sedut masak lomak cili api sangat menyelerakan. Kalau penulis makan dan meratah siput sedut 3 pinggan, bayangkan bagaimana ahli K3 yang lain yang sememangnya kuat makan ? hahaha … Sop kambing yang dihidangkan juga amat menyelerakan. Namun ulam-ulam pucuk paku yang digaul dengan kuah kacang memang mengasyikkan. Sentuhan masakan Sdri. Norjah memang menjadi. Terima kasih kepada Sdri. Norjah sekeluarga. Selepas ini katanya kita akan masuk pulak rumah Sdri. Norbani atau Sdri. Norsiah. Apa pulak killer menu yang akan beliau hidangkan ? kami tertunggu-tunggu dengan penuh ketidaksabaran …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan