MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG

























28.5.2010 (Jumaat) :

Hanya kami ber-5 yang masih tinggal. Yang lain dah balik ke destinasi masing-masing. K3 dapat cuti rehat 9 hari penuh. Penulis balik menumpang kereta Honda Civic Sdri. Faridah sampai Taiping, kemudian tumpang Honda CRV Sdri. Norbani sampai Cheras, pastu penulis balik JB naik bas melalui Terminal Bukit Jalil. Laju benor Sdri. Norbani mandu CRVnya, macam nak domam kawee dibueknyer. Sdri. Faridah plak memandu dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Sungguh berhemah. Kawan tidok lena bila naik kete Fidah.

Nak jadi cerita, konvoi 2 kereta singgah di Muzium Maharaja Lela di Larut, kemudian makan tengahari di Kuala Sepetang. Phewww !!! Kami pekena Mee Udang Mak Jah Special … memang sedap dan menyelerakan, kena pulak dengan ABC kaw kaw ... Udang besaq 10 ekoq satu mangkuk … Mee udang Mak Jah sangat terkenal dan menjadi sebutan seantero pelusuk tanah air. Pernah masuk TV3 dalam program Jalan-Jalan Cari Makan. Opsss … satu mangkuk besaq Mee Udang Special = RM 12.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan