PERJALANAN KE IAB JITRA

























Semua peserta K3 bertolak ke IAB Jitra pada 22.5.2010 (Sabtu) untuk meneruskan kursus selama sebulan sehingga 18.6.2010. Masing-masing tidak sabar untuk ke Jitra meskipun perjalanannya terlalu jauh, memenatkan dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk tempoh yang agak lama. Bertambah meriah, masing-masing bermain sms untuk mengetahui samada kekawan dah sampai atau belum. Penulis bertolak dari JB tepat jam 8.00 pagi dan singgah di Ayer Keroh untuk mengambil Sdr. Azman di sana. Kemudian meneruskan perjalanan sehinggalah ke Bandar Darul Aman, Jitra. Sepanjang perjalanan Sdr. Azman memandu tanpa menunjukkan rasa letih dan mengantuk dengan cuaca bercampur baur – kejap hujan kejap panas. Kami bergabung dengan Sdr. Zainal di R&R Sungai Buluh dan meneruskan perjalanan, dan berjumpa Sdr. Anuar di R&R Gurun. Akhirnya jam 5.30 pm kami sampai di IAB Jitra. Kami adalah kumpulan terakhir sampai. Bersyukur ... kami semua selamat sehingga di IAB … Selepas sesi pendaftaran asrama, penulis masuk bilik no. 333 dan terlena kepenatan.

Info perjalanan penulis dari JB – Jitra :
Jarak : 823 km (dari rumah)
Masa : 9 jam 30 minit
Kos Minyak : RM 120.00 (Viva)
Kos Tol : RM 80.00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan