SDRI. NORBANI YANG PEMURAH





Semoga Allah S.W.T. memurahkan rezeki Sdri. Norbani … Itulah ucapan yang selayaknya diberikan kepada Sdri. Norbani kerana beliau sememangnya sangat pemurah dan berhati mulia khususnya terhadap K3. Bersempena Hari Guru, beliau telah menghadiahkan selendang sutera kepada kaum wanita K3 dan cokelat bar imported kepada semua ahli K3. Apabila dikira … Sdri. Norbani telah menghabiskan duit poket at least RM 700-800 untuk cenderamata tersebut. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga telah menyumbangkan RM 500 untuk menjayakan Karnival Sukan dan Kesihatan, serta banyak lagilahhh … Kaum lelaki K3 tentu masih ingat, beliau telah menghadiahkan neck tai berjenama kepada semua kaum lelaki K3 semasa sesi makan-makan di Awana tahun lepas. Beliau turut menyumbang hamper untuk Kejohanan Boling hari tu … juga menyumbang wang ringgit untuk projek keceriaan tanaman pokok hiasan minggu lepas. Terima kasih Sdri. Norbani … Penulis sengaja highlightkan entri ini supaya kawan-kawan K3 mencontohi sifat dermawan beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan