MAKAN2 K3 - MEE SOP ... WOWW !!!









K3 yang terkenal dengan kumpulan yang rajin dengan projek makan-makan telah menganjurkan dinner untuk kali ke berapa entah ? … pada 10.5.2010 bertempat di Tingkat 3 Blok A Asrama Induk, selepas solat Isyak. Menu kali ini memang special kerana masakan ini menjadi kegilaan penulis dan beberapa ahli K3. Yaa … itu dia : sop ayam .. mee hoon sop … memang sedap. Penulis dan Sdr. Ibrahim telah menambah sebanyak 3 mangkuk dan menghirup licin kuah sop tersebut. Memang menyelerakan sekali. Opsss lupa : masakan kali ini khusus dibuat oleh Sdri. Rosmawati binti Jamaluddin … dengan dibantu oleh kaum ibu yang lain. Syyyy … masak dalam bilik !!!. Selain untuk mengeratkan silaturrahim, tujuan dinner ini adalah untuk meraikan dan menyambut Hari Ibu … Sekali lagi tahniah buat K3 yang hebat dengan acara makan-makan. Khabarnya minggu depan Sdri. Norjah akan menjemput K3 untuk makan-makan di rumahnya. Menu yang akan dihidangkan ialah Bubur Kacang Durian … hahaha … wa caya lu la Norjah …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan