SDR. RASHID MASUK WAD










Semua ahli K3 merakamkan rasa dukacita kerana Sdr. Rashid bin Sarti telah dimasukkan ke Selangor Hospital Medical Centre sejak hari Ahad lalu. Beliau menghalami komplikasi pada bahagian perut, tetapi tidaklah serius sangat. Untuk tujuan itu, pada 5.5.2010 iaitu selepas habis kuliah sebahagian ahli K3 telah menziarahi Sdr. Rashid di SHMC sebagai tanda persahabatan dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Kami semua mendoakan semoga Sdr. Rashid cepat sembuh dan dapat menyertai K3 secepat mungkin. Ketiadaan Sdr. Rashid amat dirasakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan