KONVOI MOTOR BESAR KE MELAKA
















Saat yang paling menyeronok dan membahagiakan kepada penulis ialah apabila menyertai konvoi motor berkuasa tinggi. Pada 8 & 9 Mei 2010 (Sabtu & Ahad), penulis telah menyertai konvoi 100 buah motorsikal Easyrider dari Kulai Bikers Club ke Melaka. Konvoi kami adalah atas undangan Kerajaan Negeri Melaka sempena sukan SUKMA. Kumpulan Easyrider penulis bergabung dengan 1,000 buah motor berkuasa tinggi yang lain dari seluruh negara dan berkonvoi mengelilingi Negeri Melaka, mengarak bendera SUKMA. Kerajaan Negeri Melaka menyediakan makan, minum, penginapan, t’shirt, menaiki feri menyelusuri sungai Melaka dan duit minyak. Semuanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Melaka. Walau pun penat dan letih tetapi konvoi ini amat menyeronokkan sekali. Penulis berjaya balik ke IAB untuk menghadiri kuliah pada pagi Isnin. Hasrat memohon cuti tidak diluluskan. Dalam kelas tersengguk-sengguk sepanjang masa … Penulis berjaya mengharumkan nama IAB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan