TAKLIMAT PERTAMA IAB JITRA






23.5.2010 (Ahad) : Sebelum kuliah pertama, Tuan Haji Ismail bin Hashim – Pengurus K3 telah memberikan penerangan mengenai pentadbiran IAB Jitra, penginapan, jadual kuliah dan aktiviti sepanjang kursus. Juga memberikan pesanan dan ingatan berkenaan tatacara kelakuan dan tatatertib sepanjang menjalankan kursus.

Selepas taklimat, kuliah terus dimulakan. Baru 10 - 15 minit berlalu … seorang demi seorang peserta telah terliuk lentok, malah ada yang lena … mungkin kerana keletihan mengharungi perjalanan jauh … atau entah-entah sebab kekenyangan makan durian dan Char Koae Teaw Kerang malam tadi … hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan