MAKAN2 K3 DI BAWAH KANTIN











Itulah kelebihan K3 … tak habis-habis dengan : makan … makan … makan … Baru sahaja minggu lepas K3 mengadakan makan-makan di rumah Puan Rosmawati … minggu ini (3.5.2010) K3 mengadakan majlis makan-makan di bawah kolong asrama induk sebaik sahaja habis kelas jam 4.30 pm. Makanan yang enak telah dibawa oleh peserta2 wanita manakala peserta lelaki hanya bawa buah sahaja … hehehe … Namun kemesraan dan keakraban di kalangan K3 sungguh erat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pensyarah IAB : En. Ismail dan Pn. Latifah. Majlis makan-makan dihidangkan dengan Laksa Perak Rosmawati, Kek Setingkat Aliza dan Lempeng Pisang Norbani. Khabarnya next week akan diadakan makan-makan K3 di Air Terjun Batang kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan