TAKLIMAT DGN TIMBALAN PENGARAH IAB









Satu perjumpaan di antara seluruh warga NPQEL (106 orang - kecuali K2) dengan Puan Hajah Dr. Samsiah binti Mustaffa, Timbalan Pengarah IAB telah diadakan pada 4.5.2010 (Selasa : 4.30 pm) di Dewan IAB. Turut hadir ialah En. Shamsudin bin Mohd Said – Ketua Pusat, Pusat Kepimpinan dan Komunikasi Pendidikan dan En. Edaris bin Abbu Bakri – Penyelaras NPQEL 2/2009. Dalam perjumpaan tersebut Dr. Samsiah telah memberikan kata-kata rangsangan dan juga berpesan kepada seluruh warga NPQEL supaya mengamalkan budaya kerja cemerlang, mematuhi etika perkhidmatan awam dan mengikuti nilai-nilai yang sepatutnya ada pada seorang penjawat awam khususnya etika semasa menghadiri kursus seperti ketepatan masa, kehadiran penuh, tatacara di dalam bilik kuliah dan sebagainya. Apa yang menarik, beliau turut menekankan bahawa kumpulan guru adalah kumpulan yang tidak boleh diramalkan dari segi karektor. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Beliau meminta supaya setiap warga NPQEL menjaga nama baik diri, keluarga, sekolah dan juga imej IAB itu sendiri supaya tidak berlaku perkara yang boleh menjejaskan nama baik IAB. Beliau berharap para peserta NPQEL yang bakal menjadi pemimpin pendidikan dapat menghayati objektif dan matlamat kursus ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan